awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertahanan Roma stabil selepas rebah di atas padang

Astro Arena
Astro Arena
15/04/2024
04:17 MYT
Pertahanan Roma stabil selepas rebah di atas padang
Perlawanan terpaksa ditangguhkan di kedudukan 1-1 selepas minit ke-72 berikutan pemain antarabangsa Ivory Coast itu rebah ketika bola di bawah kawalannya. - Foto Stadium Astro
PERTAHANAN Roma, Evan Ndicka, sedang berehat di hospital selepas rebah di atas padang dalam pertembungan Serie A dengan Udinese, awal pagi tadi.
Perlawanan di Stadium Bluenergy itu terpaksa ditangguhkan di kedudukan 1-1 selepas minit ke-72 berikutan pemain antarabangsa Ivory Coast berusia 24 tahun itu rebah ketika bola di bawah kawalannya.
Ndicka kemudian diusung keluar selepas diberi rawatan di atas padang, namun Roma kemudian mengesahkan bahawa keadaan bekas pemain Auxerre dan Eintracht Frankfurt itu bertambah 'baik dan bersemangat' selepas dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Following the on-field medical emergency involving Evan Ndicka, the match between Udinese and Roma has been suspended. The player is conscious and has been taken to hospital for further checks. Forza Evan, we are all with you! #ASRoma
— AS Roma English (@ASRomaEN) April 14, 2024
Kenyataan di akaun X rasmi Roma berbunyi: “Kami telah melawat Ndicka di hospital. Evan berasa lebih baik dan berada dalam semangat yang baik.
“Dia akan kekal di hospital untuk pemantauan lanjut. Forza Evan!”
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Roma
#Evan Ndicka
#rebah
#Serie A
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan