awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertarungan UFC akan dianjur buat julung kali di White House pada 4 Julai tahun depan

Bernama
Bernama
14/08/2025
00:10 MYT
Pertarungan UFC akan dianjur buat julung kali di White House pada 4 Julai tahun depan
Acara itu akan bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-250 penubuhan Amerika Syarikat (AS). - Foto X/US Homeland Security News
ISTANBUL: Pertubuhan Ultimate Fighting Championship (UFC) akan menganjurkan pertarungan di halaman White House pada 4 Julai tahun depan, umum Ketua Pegawai Eksekutif UFC Dana White pada program CBS Mornings, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Beliau berkata acara itu akan bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-250 penubuhan Amerika Syarikat (AS).
White berkata pada Isnin malam beliau berbincang dengan Presiden Donald Trump mengenai rancangan itu dan akan bertemu Trump serta Ivanka Trump akhir bulan ini untuk memuktamadkan butirannya. Pemilihan petarung masih belum dibuat.
Satu sumber yang mengetahui perancangan itu mengesahkan White House menjangkakan acara berkenaan akan diteruskan.
Trump mula mengutarakan idea itu bulan lepas semasa pelancaran sambutan ulang tahun ke-250 yang akan berlangsung selama setahun.
White mengakui kemungkinan wujud isu logistik memandangkan acara UFC lazimnya diadakan di stadium, manakala kapasiti tempat duduk di halaman White House adalah terhad.
Beliau menegaskan nilai simbolik penganjuran pertarungan dengan White House dan Monumen Washington sebagai latar belakang.
Pengumuman itu dibuat ketika UFC sedang memuktamadkan perjanjian penstriman selama tujuh tahun dengan Paramount bernilai purata AS$1.1 bilion setahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UFC
#White House
#sambutan ulang tahun
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan