awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peter Cklamovski enggan isu dalaman FAM ganggu persiapan Harimau Malaya

Astro Arena
Astro Arena
02/09/2025
23:15 MYT
Peter Cklamovski enggan isu dalaman FAM ganggu persiapan Harimau Malaya
Cklamovski (gambar) tidak mahu situasi di FAM menjadi penghalang pasukannya terus mencipta reputasi baik. - Foto Astro ARENA
KETUA jurulatih skuad negara, Peter Cklamovski, sedia menggalas tanggungjawab pada ketika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang diselubungi isu dalaman.
Baginya, hanya ada satu jalan untuk meredakan isu berkenaan dengan skuad negara mempamerkan aksi terbaik menjelang dua aksi persahabatan antarabangsa bulan ini.
Menjelang perlawanan menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis ini dan aksi bertemu Palestin di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) empat hari kemudian, pengendali itu enggan situasi di FAM menjadi penghalang pasukannya terus mencipta reputasi baik.
"Ia sesuatu yang amat tidak ada kena-mengena dengan saya, jadi saya tidak boleh kehilangan fokus disebabkan perkara seperti itu," katanya seperti dipetik wakil Astro Arena, Fina Nasrom.
"Fokus saya tertumpu di sini bersama pasukan kebangsaan dan memastikan pasukan ini sentiasa berkembang menjadi pasukan yang kita semua impikan, jadi hanya itulah yang saya fokuskan.
"Saya faham mengenai negativiti berkenaan FAM tetapi ia sememangnya bukan berkenaan kami dan pasukan kebangsaan hanya perlu fokus kepada apa yang kami lakukan setiap hari, dan terus menginspirasi rakyat untuk memiliki sesuatu yang mereka impikan.
"Itulah mesej paling kuat yang saya boleh sampaikan hari ini.
"Untuk skuad kebangsaan dapat terus bertahan memerlukan sokongan daripada setiap orang dan kami akan mencuba untuk memacu bola sepak Malaysia ke arah itu."
Topic Berkaitan
#Peter Cklamovski
#harimau Malaya
#FAM
#perlawanan persahabatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan