awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala AFF: Benam Indonesia, Vietnam mara ke final

Astro Arena
Astro Arena
09/01/2023
15:17 MYT
Piala AFF: Benam Indonesia, Vietnam mara ke final
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan. - Gambar/ Stadium Astro
VIETNAM meneruskan cabaran ke final Piala AFF apabila menewaskan Indonesia 2-0 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium My Dinh, sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan memasuki perlawanan separuh akhir kedua selepas terikat seri tanpa jaringan dan kemenangan yang terhasil dalam perlawanan ini membawa kemaraan ke final.
Tuan rumah tidak menunggu lama untuk membuka jaringan, Nguyen Tien Linh berjaya mengawal ketenangan untuk meledak masuk gol pada minit ketiga perlawanan menggamatkan suasana di Hanoi.
Hadir detik penuh Kontroversi apabila skuad Garuda kendalian Shin Tae-yong dinafikan sepakan penalti oleh pengadil Yusuke Araki pada minit ke-24. Walaupun ulang tayang jelas menunjukkan Dendy Sulistyawan dikasari dalam kotak penalti.
Indonesia cuba untuk mengorak langkah namun Vietnam bijak mengawal permainan sehingga tamat separuh masa pertama.
Skuad kendalian Park Hang-seo menggandakan kelebihan apabila meledak gol kedua perlawanan, Tien Linh sekali lagi menghukum benteng akhir Indonesia apabila menyambar hantaran sepakan sudut Do Hung Dung pada minit ke-47.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.
Dengan kemenangan ini, Vietnam membuat kemunculan pertama di final sejak Piala AFF 2018. Kini mereka perlu menunggu pemenang separuh akhir kedua antara Malaysia dan Thailand bagi menentukan lawan di pentas final. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Piala AFF
#perlawanan akhir
#Vietnam
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan