awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala AFF: Cheng Hoe tetap anggap pasukan mampu capai sasaran

Astro Arena
Astro Arena
04/12/2021
03:18 MYT
Piala AFF: Cheng Hoe tetap anggap pasukan mampu capai sasaran
Skuad Harimau Malaya di hotel penginapan pasukan di Singapura bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2020 bermula 5 Dis hingga 1 Jan 2022. - Facebook FAM
PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, tetap menganggap skuad akhir 24 pemain ke Piala AFF sebagai barisan ampuh, walaupun hakikatnya tempang tanpa beberapa tonggak utama.
Cheng Hoe juga bersikap positif terhadap peluang pasukannya melakar kejayaan di bumi Singapura, setelah diletakkan sasaran untuk mara ke pentas final kejohanan.
"Kami tidak boleh membandingkan skuad ini dengan barisan pemain yang beraksi bagi edisi 2018 kerana perbezaan pemain tidak banyak tetapi dalam setiap pemain menampilkan peningkatan dalam prestasi," kata Cheng Hoe.
Senarai 24 pemain negara ke Piala AFF diumumkan semalam menyaksikan pemain sayap Kedah, Fayadh Zulkifli Amin, digugurkan daripada pasukan.
Terdahulu, lima pemain terpaksa disisihkan iaitu Darren Lok, Akram Mahinan, Kenny Palraj, Mohamadou Sumareh dan Azri Ghani ekoran kecederaan tatkala pemain utama lain iaitu Farizal Marlias, Matthew Davies dan Corbin Ong pula tidak disenaraikan sejak awal lagi.
Situasi itu menjadikan barisan pemain negara yang dibawa ke Kota Singa tampak kurang seimbang dan jelas dapat dilihat apabila Cheng Hoe tidak mempunyai banyak pilihan pemain di bahagian tengah.
"Saya sentiasa bersedia untuk bermain dan cuba melakukan aksi konsisten," kata pemain tengah, Mukhairi Ajmal Mahadi.
Sumber Facebook FAMalaysiaOfficial
Topic Berkaitan
#Tan Cheng Hoe
#pemain digugurkan
#pemain cedera
#Piala AFF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan