awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala AFF: FAM ambil tanggungjawab penuh kegagalan Malaysia

Bernama
Bernama
20/12/2021
20:00 MYT
Piala AFF: FAM ambil tanggungjawab penuh kegagalan Malaysia
Skuad kebangsaan di bawah bimbingan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe gagal melangkah ke peringkat kalah mati. -Gambar fail/ FB FAM
KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan skuad Harimau Malaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 di Singapura.
Dalam kenyataan pada Isnin, FAM memaklumkan Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin mengarahkan pengurusan skuad kebangsaan supaya mengemukakan laporan lengkap mengenai prestasi pasukan sepanjang kempen kejuaraan itu kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dalam masa terdekat.
Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar dalam kenyataan sama berkata laporan itu akan diteliti Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan sebelum dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kelak.
Skuad kebangsaan di bawah bimbingan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe gagal melangkah ke peringkat kalah mati selepas menamatkan saingan Kumpulan B di kedudukan ketiga di belakang Indonesia dan juara bertahan Vietnam.
Malaysia yang melalui tempoh persiapan singkat dan mencabar terutama dari aspek ketersediaan pemain, memulakan kempen dengan cemerlang apabila membenam Kemboja 3-1 dan Laos 4-0, namun tewas di tangan juara bertahan Vietnam 0-3 dan Indonesia 1-4.
Pencapaian mengecewakan itu menyaksikan skuad Harimau Malaya yang turun beraksi sebagai naib juara edisi 2018 gagal mencapai sasaran diletakkan FAM untuk layak ke final.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala AFF
#FAM
#Mohd Saifuddin Abu Bakar
#harimau Malaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan