awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala AFF: KBS tambah skrin besar di 19 universiti tonton 'live' malam ini

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
10/01/2023
11:21 MYT
Piala AFF: KBS tambah skrin besar di 19 universiti tonton 'live' malam ini
Sebanyak 14 lokasi menyediakan skrin besar pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lepas, yang menyaksikan Malaysia mengatasai Thailand 1-0. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lagi berita baik yang diumumkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memeriahkan suasana sempena perlawanan separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022 melibatkan Thailand dan Malaysia, malam ini.
Menterinya, Hannah Yeoh memaklumkan, sebanyak 19 universiti di seluruh negara bakal menyediakan skrin besar menayangkan perlawanan berkenaan secara langsung, hasil kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Dengan penambahan itu, secara keseluruhan, kini sebanyak 44 lokasi menyediakan skrin besar bagi penyokong Harimau Malaya menikmati suasana meriah menonton aksi timbal balik yang berlangsung di Stadium Thammasar, Pathum Thani, Bangkok.
Sebanyak 14 lokasi menyediakan skrin besar hasil usaha KBS pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lepas, yang menyaksikan Malaysia mengatasai Thailand 1-0.
Berikut adalah 19 lagi senarai lokasi skrin besar yang disediakan malam ini:
  • Auditorium, Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya
  • Padang Aman Damai, Universiti Sains Malaysia
  • Dewan UMP Holding, Universiti Malaysia Pahang
  • Kawasan Kolej Kediaman UMK Kampus Kota Pengkalan Chepa,Universiti Malaysia Kelantan
  • Cafetaria Kolej Kediaman Satria, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  • Dewan Putra 1, Kolej Tan Sri Aishah Ghani, Universiti Putra Malaysia
  • Foyer Kolej Kediaman Tun Dr Ismail (KKTDI), Universiti Tun Hussein Onn
  • Dewan Tuanku Canselor UPSI, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Panggung Seni UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Cafetaria Kolej Kediaman, Universiti Malaysia Perlis
  • Dewan Sri Merbau, Kolej Tun Hussein Onn, Universiti Teknologi Malaysia
  • Taman Usahawan Muda Pelajar UNISZA, Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia
  • Experimental Hall, Universiti Islam Antarabangsa
  • Dewan Tertutup, Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, Universiti Malaysia Terengganu
  • Kolej Kediaman Cempaka, Universiti Malaysia Sarawak
  • Dewan Bistari, UPNM, Universiti Pertahanan Malaysia
  • Pusat Sukan USIM, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Stadium UMS, Universiti Malaysia Sabah
Perlawanan yang bermula jam 8.30 malam ini perlu dimenangi atau sekurang-kurangnya berkeputusan seri bagi membolehkan skuad Harimau Malaya mara ke aksi final bertemu Vietnam pada 13 Januari.
Vietnam malam tadi mengesahkan tiket ke final selepas menundukkan Indonesia 2-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium My Dinh, Hanoi. Aksi separuh akhir pertama di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Jumaat lalu berkesudahan seri tanpa jaringan.
Topic Berkaitan
#Piala AFF
#harimau Malaya
#senarai lokasi skrin besar
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan