KUALA LUMPUR: Ruangan komen Instagram penyanyi terkenal Jay Chou ‘diserang’ kalangan peminat sukan bola sepak gara-gara proses pemasangan pentas konsertnya yang dilihat ‘menganggu’ ruang tempat duduk Stadium Nasional Bukit Jalil.
Menerusi tinjauan di ruangan komen, rata-rata peminat bola sepak kecewa selepas gagal mendapatkan tiket kerana stadium ‘kehilangan’ 21,000 tempat duduk untuk memberi laluan kepada proses pemasangan konsert berkenaan.
“Sebabkan kau tiket cepat habis,” tulis netizen.
“Tujuan stadium dibina untuk tengok sukan bukan untuk menyanyi…,” kata seorang lagi pemilik Instagram.
Semalam, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan daripada 80,000 kapasiti, hanya 59,000 tiket akan ditawarkan kerana 21,000 tempat duduk kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang akan berlangsung pada 15 Januari.
Dalam masa yang sama, ada di antara netizen mempertahankan keputusan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi laluan proses pemasangan sebagai persediaan konsert.
Difahamkan, stadium berkenaan sudah ditempah sejak tiga tahun lalu, malah semua tiket sudah habis terjual, namun ia hanya dapat diteruskan tahun ini gara-gara pandemik COVID-19.
“Kepada fans bola sepak yang dikasihi, konsert ini telah ditunda selama 3 tahun disebabkan COVID, dan tarikh konsert sekarang telah set sejak setahun lalu, fans dari malaysia dan luar negara telah menanti konsert ini banyak tahun lalu. Masalah vacant seat 21,000 bukan salah Jay Chou, tetapi pihak pengurusan stadium yang mengendali event stadium. Tolong hentikan hate comment anda kepada penyanyi/musician legendary ini. Terima kasih,” kata salah seorang peminat.
Untuk rekod, tidak sampai sehari penjualan dibuka, semua tiket bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini habis dijual.
Harimau Malaya bakal menentang pasukan Thailand pada Sabtu ini sebelum meneruskan perlawanan di Bangkok, Thailand pada Selasa depan.
Faida Rahim
Thu Jan 05 2023

Difahamkan, stadium berkenaan sudah ditempah sejak tiga tahun lalu, malah semua tiket sudah habis terjual, namun ia hanya dapat diteruskan tahun ini gara-gara pandemik. - Foto IG jaychou

Peniaga didakwa tipu jual beli kereta
Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdayakan tiga peniaga lain dalam urusan jual beli kereta berjumlah RM30,200, tahun lalu.

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM51.80 bilion daripada RM52.49 bilion pagi ini.

Jangan sebab amarah, 'dibunuh' periuk nasi 60 orang - Sharnaaz
Sharnaaz merasakan tindakan tersebut tidak wajar kerana para pelakon serta kru belakang tabir telah berusaha keras untuk menghasilkan sebuah karya yang berkualiti.

Angkasawan UAE sambut Ramadan di angkasa
Angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan alNeyadi, menyambut bulan Ramadan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Netanyahu terpaksa tangguh lawatan ke London
Keengganan juruterbang itu dikaitkan dengan rancangan Netanyahu untuk menyusun semula sistem perundangan Israel, yang menyebabkan protes besar-besaran.

Malaysia gesa diwujudkan agensi PBB urus isu air
Malaysia mencadangkan diwujudkan sebuah agensi khusus untuk air di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksanakan Agenda Tindakan Air.

Inisiatif Pucuk Hijau UMW: Kenapa pokok bakau?
Sasaran Kumpulan UMW untuk tanam 300,000 pokok bakau di seluruh Malaysia semakin dihampiri.

AWANI Ringkas: Tiada lagi monopoli Puspakom untuk perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Wartawan Belarus di hukum penjara tiga tahun
Sebuah mahkamah di Belarus pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada seorang wartawan kerana mencetuskan kebencian dan perselisihan terhadap penguatkuasa undang-undang.

Banci Ekonomi 2023 juga dapat bantu rakyat buat keputusan
Rakyat boleh membuat keputusan strategik untuk kehidupan mereka berdasarkan data menyeluruh yang terkumpul daripada banci ini.

Mukhairi Ajmal alami jangkitan kuman di perut, tidak sertai skuad B-22 di Singapura
Pemain tengah Selangor FC, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi,tidak akan menyertai skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara pada Kejohanan Piala Merlion 2023 di Singapura bermula Jumaat ini.

Gantung pengadil: FAM adakan siasatan menyeluruh
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan siasatan menyeluruh terhadap pengadil, Zulkarnain Zakaria dalam masa terdekat.

Tindakan gantung pengadil, langkah proaktif FAM
Tindakan penggantungan ke atas pengadil yang mengadili aksi Liga Super antara Sabah FC dan Penang FC Jumaat lepas, disifatkan satu langkah proaktif diambil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Hamidin, Collina bincang penggunaan VAR dalam bola sepak tempatan
Penggunaan VAR adalah antara perkara penting dibincangkan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dalam pertemuannya dengan Pierluigi Collina di Kongres FIFA ke-73 di Kigali, Rwanda semalam.

Tiket Harimau Malaya lawan Turkmenistan, Hong Kong mula dijual hari ini
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan harga RM30 ditetapkan bagi tempat duduk terbuka dan RM5 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun.

Sukan Olimpik Paris: Kejayaan hadir dengan kerjasama semua pihak - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, yakin Sukan Olimpik Paris 2024 mampu menghadirkan pingat emas sulung negara.

KBS tawar peruntukan naik taraf rumput padang bola sepak di setiap negeri
KBS menawarkan peruntukan melalui dana geran padanan kepada semua exco belia dan sukan negeri bagi menaik taraf padang bola sepak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia di padang terpilih.

Hamidin dan Presiden FIFA Infantino bincang pembangunan bola sepak Malaysia
Kedua-dua mereka juga mengenal pasti peluang untuk pembangunan berterusan bola sepak di Malaysia.

MOM hormati FAM tak hantar skuad B-23 ke Sukan Asia
MOM belum mengadakan perbincangan lanjut berhubung keputusan berkenaan dengan FAM.

Presiden FAM menghadap Sultan Selangor
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima menghadap Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.