KUALA LUMPUR: Malam ini bakal berlangsung perlawanan kedua peringkat separuh akhir Piala AFF 2022 Mitsubishi Electric pasukan Malaysia menentang Thailand.
Aksi timbal balik separuh akhir kedua ini bakal menyaksikan skuad Harimau Malaya berdepan cabaran sengit untuk meraih kemenangan untuk mengatasi aggregate lawan sekali gus layak beraksi di pentas final Piala AFF edisi ke-14.
Perlawanan peringkat separuh akhir kedua saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 dijadual berlangsung pada hari Selasa, 10 Januari 2023 bermula jam 8:30 malam waktu Malaysia bertempat di Stadium Thammasat Pathum Thani, Thailand.
Sudah pasti ramai yang tidak sabar menonton skuad Harimau Malaya mempamerkan aksi terbaik mereka malam ini. Sementara kita menghitung jam perlawanan bermula, kami senaraikan beberapa buah lagu yang boleh membangkitkan semangat!
Standing In The Eyes Of The World – Ella Aminuddin
Lagu ciptaan Wah Idris dan komposer barat, David Gates ini merupakan lagu tema untuk Sukan Komanwel pada tahun 1998. Bila menyanyi beramai-ramai, boleh meremang bulu roma!
Fikirkan Boleh – Metropolitan
‘Jika kau fikirkan kau boleh, Kau hampir boleh melakukan, Jika kau fikirkan ragu-ragu, Usahamu tidak menentu’. Lagu yang boleh dijadikan inspirasi dalam mengejar cita-cita. Oleh itu, yakinlah Harimau Malaya bakal beraksi di pentas akhir Piala AFF 2022!
Bangun Harimau Bangun – Malique
Bergenre hip hop, Bangun Harimau Bangun dicipta pada 2012 nyanyian Malique sesuai diangkat sebagai lagu 'menaikkan' mood menonton bola sepak. Liriknya sesuai untuk malam ini, Bangun Harimau Bangun, Jangan Tidur Lagi!
Ale Ale Ayuh Ayuh Malaysiaku - Ultras Sound
Lagu ciptaan Mohariz Yaakup merupakan lagu wajib berkumandang setiap kali ke stadium bola sepak. Sejak tahun 2014, lagu ini seakan menjadi ‘mantera’ peminat dan penonton bola sepak tempatan. Semangat bertukar lain macam bila ikut bernyanyi sama!
Selamanya - Ultras Malaya, Joe Flizzow, Altimet & Carleed
Lagu Selamanya adalah salah satu dedikasi khusus buat pasukan Harimau Malaya yang klasik dan tidak pernah dilupakan. Dilancarkan pada 2012, Selamanya berjaya menarik perhatian pendengar dengan rentaknya yang bikin satu stadium ikut bergoyang.
Faida Rahim
Tue Jan 10 2023

Sementara kita menghitung jam perlawanan bermula, kami senaraikan beberapa buah lagu yang boleh membangkitkan semangat! - Bernama

29 lokasi seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan
Pengisytiharan tarikh mula berpuasa oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan dibuat malam ini.

Kita suka menghukum tanpa mengenali orang lain - Muhammad Faisal
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz perkara itu boleh diatasi dengan adanya program-program kunjungan dalam konteks agama dan kaum.

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

PSM rancang pasang sistem VAR di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penggunaan VAR dilengkapi minimum lapan kamera, disifatkan sesuai dengan standard SNBJ selaku stadium utama di Malaysia.

Cabaran buat Ahmad Syihan tempatkan diri dalam kesebelasan utama
Penjaga gol JDT itu berkata tiga lagi rakan yang turut dipanggil menjalani latihan skuad kebangsaan mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri.

Laine harap tampil keupayaan sebenar bersama Harimau Malaya
Pemain warisan Malaysia-Finland, Nooa Laine,berharap panggilan pertamanya menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya akan menjadi platform untuk menunjukkan keupayaannya.

Fayadh tekad rebut kesebelasan utama Harimau Malaya
"Saya perlu bersaing dengan pemain-pemain yang lebih besar dan tinggi, namun saya percaya itu bukan halangan menjadi seorang pemain yang baik."

Beri masa Josue, Dos Santos sesuaikan diri dengan corak permainan Harimau Malaya - Pan Gon
Selain dua pemain Brazil itu, Kim turut memanggil 12 muka baharu menyertai latihan bagi dua perlawanan persahabatan antarabangsa.

'Ini skuad Harimau Malaya paling mantap'
Barisan 27 pemain untuk dua aksi persahabatan disifatkan antara skuad terbaik dimiliki Kim Pan-gon.

Tiket Harimau Malaya lawan Turkmenistan, Hong Kong mula dijual hari ini
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan harga RM30 ditetapkan bagi tempat duduk terbuka dan RM5 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun.

Perak perkenal pelancongan pemuliharaan di Berlin bantu lindungi Harimau Malaya
Perak memperkenalkan pakej ITB 2023 yang memberi peluang pelancong antarabangsa bercuti sambil membantu misi pemuliharaan biodiversiti hutan Royal Belum di Perak.

Pan-gon tampil lapan muka baru perkuat Harimau Malaya
Evolusi era kepimpinan Kim Pan-gon kini memasuki fasa peralihan apabila pengumuman senarai 27 pemain yang dipanggil untuk berada dalam kem latihan pusat.

Liga Super: Argzim Redzovic tetap sabar tunggu impian bergelar pemain naturalisasi
Pertahanan Terengganu FC, Argzim Redzovic, tetap bersabar menunggu impiannya untuk bergelar pemain naturalisasi negara terlaksana.