MYANMAR hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada Piala AFF B-23 selepas berlaku penularan COVID-19 dalam kem mereka. 

Perkara itu disahkan dua jam sebelum sepak mula pertemuan dengan Malaysia di Stadium Prince, Phnom Penh, pukul 5 petang ini.

Dengan kemenangan percuma itu, skuad negara kendalian Brad Maloney tersebut akan berdepan Laos bagi aksi tunggal Kumpulan B, Jumaat ini, selepas Indonesia turut menarik diri daripada mempertahankan gelaran sebelum kejohanan bermula berikutan isu hampir serupa. 

BACA: Piala AFF: Myanmar umum tarik diri, Malaysia raih kemenangan percuma

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar, mengesahkan Malaysia yang sudah sampai ke stadium mengambil kesempatan itu untuk mengadakan latihan di venue berkenaan.