KUALA LUMPUR: Musibah demi musibah menimpa skuad kebangsaan di Singapura sedikitpun tidak melunturkan semangat pemain untuk terus berjuang memburu kejayaan dalam saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020.
Ketua Jurulatih pasukan negara Tan Cheng Hoe berkata para pemain menunjukkan sikap positif dalam sesi latihan walaupun menyedari kes positif COVID-19 sedang 'menghantui' kem negara ketika ini, dan mungkin memberi tamparan kepada sesetengah pemain.
"Kemungkinan di pihak sesetengah pemain mereka risau tetapi kita lihat daripada cara mereka berlatih serta suasana di dalam dan luar padang cukup baik, cukup positif.
"Kita harap suasana tersebut dapat mengatasi segala cabaran di depan mata kita, yang penting setiap kali kita doa, minta supaya pemain berada dalam keadaan terbaik demi pasukan," katanya pada sidang media skuad kebangsaan secara maya di Singapura, hari ini.
Menurut Cheng Hoe, skuad Harimau Malaya berada dalam keadaan terbaik berdasarkan dua perlawanan dalam Kumpulan B menyaksikan Malaysia meraih mata penuh masing-masing berdepan Kemboja dan Laos.
Setelah hilang dua pemain yang terpaksa diketepikan iaitu penjaga gol Mohd Khairulazhan Mohd Khalid dan Muhammad Faisal Abdul Halim (pemain sayap), darjah kesukaran Malaysia meningkat apabila hilang dua lagi pemain selepas Muhammad Akhyar Abdul Rashid (pemain sayap) dan pemain pertahanan Quentin Cheng pula disahkan positif COVID-19.
Dengan pemain pertahanan kacukan Dion Cools dijangka menyertai pasukan selepas aksi ketiga saingan kumpulan, Cheng Hoe kini mempunyai baki 19 pemain untuk membuat penggiliran dan merencanakan strategi bagi menghadapi cabaran juara bertahan Vietnam, Ahad ini.
Keadaan tersebut menyaksikan pengendali berusia 53 tahun itu menaruh harapan tinggi kepada barisan pemain untuk sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan termasuk beraksi di posisi berbeza ketika bertemu Vietnam di Stadium Bishan.
"Kita yakin mana-mana pemain pun ada motivasi terbaik untuk mengisi kekosongan ditinggalkan pemain yang diuji positif COVID-19. Setiap pemain kena bersedia dengan apa-apa saja situasi dan untuk harungi cabaran yang memang cukup mencabar kali ini," katanya.
Dalam pada itu, Cheng Hoe berkata kesihatan keempat-empat pemain negara yang dijangkiti COVID-19 berada pada tahap terbaik dan sering berkomunikasi dengan pasukan secara maya.
"Rakan sepasukan kerap bagi kata-kata semangat dan motivasi kepada mereka menerusi panggilan video dan berharap dalam masa terdekat mereka dapat pulih dan kembali bersama skuad," kata Cheng Hoe.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 10 2021
Skuad Harimau Malaya berada dalam keadaan terbaik berdasarkan dua perlawanan dalam Kumpulan B menyaksikan Malaysia meraih mata penuh masing-masing berdepan Kemboja dan Laos. - Gambar fail/ FAM
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Harimau Malaya tepati ramalan kecewakan Laos 3-1
Skuad bola sepak kebangsaan menepati ramalan apabila mengecewakan Laos 3-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Port Authority of Thailand (PAT) di Bangkok, Thailand hari ini.
Harimau Malaya perlu menang Piala AFF 2024 - Mohd Sadek
Kemenangan dan menjuarai Piala AFF adalah KPI utama yang perlu ditetapkan FAM ke atas skuad Harimau Malaya.
MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.
Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.
Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.
Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.
Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.
'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.
FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.