awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala ASEAN 2024: Linares jadi wira Filipina tewaskan Thailand selepas 52 tahun

Bernama
Bernama
27/12/2024
22:15 MYT
Piala ASEAN 2024: Linares jadi wira Filipina tewaskan Thailand selepas 52 tahun
Di hujung tambahan masa separuh masa kedua, Enrique Linares muncul wira The Azkals apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-95 menerusi tandukan. - Foto Facebook AFC Asian Cup
KUALA LUMPUR: Filipina menghampiri final sulung mereka dengan bergaya selepas menewaskan juara bertahan Thailand 2-1, pada perlawanan separuh akhir pertama Piala ASEAN 2024 di Stadium Memorial Rizal, Manila malam tadi.
Turun dengan serba biru, pasukan tuan rumah bimbingan Albert Capellas yang menerima sokongan padu penyokong sendiri, mengejutkan Thailand dengan gol pembukaan menerusi rembatan padu kaki kiri Sandro Reyes dari luar kotak penalti pada minit ke-21.
Selepas beberapa siri serangan, pasukan pelawat kendalian Masatada Ishii akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada hujung separuh masa pertama, menerusi satu gerakan balas pantas yang disudahkan Suphanan Bureerat selepas menerima hantaran Patrik Gustavsson pada minit ke-45.
Di hujung tambahan masa separuh masa kedua, Enrique Linares muncul wira The Azkals apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-95 menerusi tandukan, selepas menyambut tandukan Paul Tabinas dalam kotak penalti, hasil sepakan percuma Zico Bailey.
Kejayaan malam tadi menyaksikan Filipina menewaskan Thailand buat kali pertama dalam tempoh 52 tahun di semua pertandingan, selepas kali terakhir merakam kemenangan 1-0 pada Jun 1972.
Ini bakal menjadi motivasi penting Filipina menjelang aksi timbal balik yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok Isnin depan.
Sebagai rekod, Filipina belum pernah mara sehingga ke final Piala ASEAN yang sebelum ini dikenali antaranya Kejohanan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF), dengan kali terakhir beraksi di pentas separuh akhir adalah pada edisi 2018 yang menyaksikan mereka tewas agregat 2-4 kepada Vietnam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala ASEAN 2024
#Filipina
#Thailand
#Enrique Linares
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan