awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zelenskyy jumpa Trump esok untuk bincang usaha tamatkan perang dengan Rusia
Wanita cedera dihempap pokok tumbang di Kampung Pantai Sepat
Kronologi kes 1MDB dihadapi Najib
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala ASEAN 2024: Vietnam, Filipina mara ke separuh akhir

Bernama
Bernama
21/12/2024
23:00 MYT
Piala ASEAN 2024: Vietnam, Filipina mara ke separuh akhir
Vietnam mengalahkan Myanmar 5-0 malam tadi, sementara Filipina melakar kemenangan 1-0 ke atas Indonesia, untuk mara ke separuh akhir saingan Piala ASEAN 2024. - Foto Facebook ASEAN Football
KUALA LUMPUR: Naib juara edisi 2022 Vietnam menepati ramalan melangkah ke peringkat separuh akhir dengan bergaya selepas mengalahkan Myanmar 5-0 pada aksi terakhir Kumpulan B saingan Piala ASEAN 2024, malam tadi.
Kejayaan di Stadium Viet Tri itu menyaksikan pasukan tuan rumah di bawah bimbingan Kim Sang-sik itu muncul juara kumpulan B dengan mengumpul 10 mata.
Namun demikian Vietnam terpaksa menunggu pada minit ke-48 separuh masa kedua untuk mendahului, selepas kedua-dua pasukan buntu dan terikat tanpa sebarang jaringan pada separuh masa pertama.
Gol pertama mereka dijaringkan Vi Hao Bui pada minit ke-48, sebelum Rafaelson Bezerra Fernandes menjaringkan gol kedua selang tujuh minit kemudian bagi menjadikan kedudukan 2-0.
Nguyen Quang Hai terus memberi keselesaan buat Vietnam, selepas melebarkan lagi kedudukan menerusi jaringan ketiga pasukan pada minit ke-74.
Tidak cukup dengan itu, Vietnam mengukuhkan kedudukan dengan menyumbat dua lagi gol pada masa kecederaan menerusi Rafaelson diikuti Nguyen Tien Linh, menjadikan kedudukan akhir 5-0.
Sementara itu, Filipina turut melakar kemenangan 1-0 ke atas Indonesia sekali gus mengesahkan kemaraan ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B.
Pada aksi di Stadium Manahan di Surakarta, jaringan tunggal Bjorn Kristensen pada minit ke-63 itu sudah cukup memadai bagi membenam hasrat Indonesia untuk melangkah ke saingan separuh akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Filipina
#Vietnam
#Piala ASEAN 2024
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan