awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100m T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala ASEAN B-23: Malaysia pulang awal, misi gagal di Jakarta

Bernama
Bernama
21/07/2025
22:40 MYT
Piala ASEAN B-23: Malaysia pulang awal, misi gagal di Jakarta
Harapan skuad negara untuk mara ke separuh akhir Piala ASEAN B-23 musnah selepas sekadar seri 0-0 menentang Indonesia dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi.
JAKARTA: Harapan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara untuk mara ke separuh akhir Piala ASEAN B-23 musnah selepas sekadar seri 0-0 menentang Indonesia dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, di sini, malam tadi.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia menamatkan kempen peringkat kumpulan di tangga ketiga dengan empat mata, di belakang Indonesia selaku juara kumpulan (tujuh mata) dan Filipina (enam mata), manakala Brunei menghuni dasar kumpulan tanpa sebarang mata.
Malaysia membuka kempen dengan kekalahan 0-2 kepada Filipina sebelum bangkit membelasah Brunei 7-1, namun gagal menandingi Indonesia yang hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan slot ke separuh akhir.
Anak buah Nafuzi Zain turun dengan misi wajib menang besar tanpa bolos, namun gagal memanfaatkan peluang walaupun mempamerkan aksi lebih tersusun dari segi pertahanan dan penguasaan awal perlawanan.
Sebaliknya, skuad tuan rumah lebih banyak menguasai permainan dengan beberapa gerakan berbahaya, namun ketangkasan barisan pertahanan negara serta penjaga gol Zulhilmi Sharani memastikan gawang negara tidak dibolosi.
Separuh masa kedua menyaksikan rentak permainan lebih rancak apabila kedua-dua pasukan saling mengasak.
Pada minit ke-57, penyerang Indonesia, Jens Raven hampir memecah kebuntuan menerusi sepakan tumit menarik, namun diselamatkan cemerlang oleh Zulhilmi.
Seminit kemudian, Malaysia hampir mengejutkan lawan apabila rembatan leret Mohammad Haykal Danish Mohd Haizon dinafikan penjaga gol lawan.
Mengulas prestasi pasukannya, Nafuzi menyatakan rasa kecewa gagal mara, namun tetap memuji semangat juang pemain, khususnya benteng pertahanan dan aksi cemerlang Zulhilmi yang menjadi watak penting mengekang serangan tuan rumah.
"Saya sedikit kecewa kerana gagal layak ke separuh akhir, tetapi secara keseluruhan, saya bangga dengan peningkatan prestasi yang ditunjukkan pasukan sepanjang kejohanan ini," katanya.
Malaysia kini akan memberi tumpuan kepada pusingan kelayakan Piala Asia B-23 yang dijadual berlangsung selepas ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala ASEAN B-23
#skuad bawah 23
#Nafuzi Zain
#Gelora Bung Karno
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan