awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Asia 2022: Harap skuad B-23 dapat pendedahan berguna - FAM

Bernama
Bernama
29/05/2022
03:50 MYT
Piala Asia 2022: Harap skuad B-23 dapat pendedahan berguna - FAM
Malaysia dijadualkan bertemu Korea Selatan pada 2 Jun, diikuti Thailand (5 Jun) dan Vietnam (8 Jun) dalam perlawanan peringkat Kumpulan C. - Gambar fail/BERNAMA
SEPANG: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak meletakkan sasaran tinggi di bahu skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan pada kejohanan Piala Asia 2022 di Tashkent, Uzbekistan namun mahu skuad itu menimba sebanyak mungkin pengalaman beraksi pada kejohanan itu sebagai persiapan ke kejohanan sama pada tahun hadapan.
Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata badan induk itu cuma berharap pasukan itu boleh melepasi saingan peringkat kumpulan.
"Jika sebelum ini kita sasar ke peringkat separuh akhir tapi saya nak perbetulkan kenyataan itu...diharapkan saingan ini dapat dijadikan satu landasan baik menimba ilmu daripada pasukan Asia yang menyertainya (Piala Asia)," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Ditanya mengenai perubahan sasaran diletakkan sebelum ini, beliau berkata sebarang sasaran diletakkan seharusnya lebih bersifat realistik.
"FAM bukan tidak berani tetapi sasaran itu kena 'ukur baju di badan sendiri'. Bukan tak yakin tapi kita kena realistik dalam meletak sebarang sasaran.
"FAM memang tidak meletakkan sasaran namun kita berharap skuad B-23 dapat buat yang terbaik, jadi ia satu pendedahan berguna," katanya.
Bagi saingan edisi kali ini, Malaysia dijadualkan bertemu juara edisi 2020, Korea Selatan pada 2 Jun, diikuti Thailand (5 Jun) dan Vietnam (8 Jun) dalam perlawanan peringkat Kumpulan C di Stadium Lokomotiv dan Stadium Bunyodkor di Tashkent.
Piala Asia 2022 itu akan membuka tirai pada 1 hingga 19 Jun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bawah 23
#FAM
#Piala Asia
#Uzbekistan n
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan