awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Asia 2025: PSM yakin skuad negara mampu tembusi semua acara final

Bernama
Bernama
22/04/2025
00:00 MYT
Piala Asia 2025: PSM yakin skuad negara mampu tembusi semua acara final
Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) Datuk Abdul Halim Kader (tiga, kiri) dan Mohd Sumali (tiga, kanan) bersalaman selepas majlis undian Piala Asia di World Trade Centre, Kuala Lumpur, 21 Apr 2025. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) berkeyakinan tinggi skuad negara memiliki ramuan ampuh untuk melangkah ke pentas final dalam keempat-empat acara pada kejohanan Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa di sini dari 10 hingga 18 Mei ini.
Presiden PSM Datuk Mohd Sumali Reduan menegaskan tumpuan khusus diberikan kepada acara regu dan double, iaitu acara yang telah menyaksikan Malaysia dinobatkan selaku juara dunia ketika menjadi tuan rumah Piala Dunia 2024, Mei tahun lepas.
"Sasarannya sudah pastilah kita pergi keempat-empat final. Kita sebagai tuan rumah, bermain di gelanggang sendiri dan stadium sama. Memang sasaran untuk mendapatkan pingat emas, terutamanya beraksi di hadapan peminat sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis undian Piala Asia di sini semalam.
Mohd Sumali turut memaklumkan setiap pasukan mempunyai dua peluang 'challenge' dan jika menang, peluang itu akan kekal berbanding ditolak seperti saingan sebelum ini.
Acara yang turut menyaksikan penyertaan beberapa negara kuasa besar dalam sukan sepak takraw itu dibahagikan kepada empat acara, iaitu regu, kuadran, double dan regu berpasukan.
Bagi acara regu, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Filipina, Nepal dan Singapura, manakala untuk regu berpasukan, Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama Korea Selatan, Brunei dan Jepun.
Dalam acara kuadran, Malaysia turut diundi dalam Kumpulan B bersama Filipina, Jepun dan China, manakala bagi acara double, Malaysia menghuni Kumpulan B bersama Thailand, Taiwan dan Nepal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Sumali Reduan
#sepak takraw
#Piala Asia 2025
#PSM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan