Perlawanan pusingan akhir kelayakan Piala Asia AFC 2019 Kumpulan B antara Malaysia dengan Korea Utara akan berlangsung di Pyongyang, 8 Jun depan.

Perkara itu diumumkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas mendapat pengesahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bahawa tiada larangan perjalanan oleh kerajaan dikuatkuasakan.

Pertemuan Malaysia dan Korea Utara pada mulanya dilangsungkan pada 28 Mac lepas tetapi terpaksa ditangguhkan atas permintaan FAM yang mahu ia dilangsungkan di gelanggang berkecuali.

Ia berikutan ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara selepas pembunuhan Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un di Lapangan Terbangan Antarabangsa KL 2 (KLIA2) pada 13 Feb lepas.