DOHA: Juara 2015, Australia meraih permulaan sempurna selepas tidak berdepan masalah menewaskan India 2-0 pada aksi pertama Kumpulan B saingan Piala Asia 2023 di Stadium Ahmed Bin Ali di Bandar Al Rayyan, kira-kira 22 kilometer (km) dari sini, pada Sabtu.
Skuad Socceroos bimbingan Graham Arnold bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga separuh masa kedua untuk menghasilkan jaringan masing-masing menerusi Jackson Irvine dan pemain gantian Jordan Bos selepas buntu mencipta gol di sebalik penguasaan penuh sejak sepak mula.
Pada pertembungan pertama kedua-dua pasukan itu sejak 2011, Australia lebih mendominasi permainan dengan melancarkan serangan berbahaya yang menyaksikan penjaga gol India Gurpreet Singh Sandhu terpaksa bekerja keras mempertahankan gawang sepanjang 45 minit pertama.
Namun, gawang India akhirnya bolos selepas bola hantaran lintang yang gagal ditumbuk kemas Gurpreet singgah ke kaki Irvine untuk pemain tengah FC St. Pauli itu tenang menyudahkan peluang terhidang pada minit ke-51.
Australia menggandakan kedudukan apabila Bos yang masuk menggantikan Craig Goodwin bijak menghidu ruang dalam kotak penalti untuk memanfaatkan hantaran Riley McGree pada minit ke-73 sekali gus mengesahkan kemenangan.
Bercakap selepas perlawanan, kapten Australia, Mathew Ryan, berasa lega dengan tiga mata selepas perlawanan sengit itu.
"Perkara yang paling penting adalah memulakan pertandingan dengan kemenangan, menyertai kejohanan besar seperti ini terdapat sedikit tekanan pada keputusan pertama. Kami mahu menunjukkan persembahan positif dan ada sedikit kelemahan yang akan kami perbaiki. Tetapi perlawanan pembukaan yang baik dan akan belajar daripadanya.
"Fokus kami akan beralih kepada perlawanan dengan Syria. Kami tahu mereka pasukan yang baik, tetapi saya yakin kami akan memberikan persembahan yang lebih baik dalam perlawanan seterusnya," katanya kepada penyiar rasmi.
Dalam pada itu, perlawanan Australia menentang India menyaksikan sejarah tercipta apabila Yoshimi Yamashita dari Jepun menjadi pegawai perlawanan wanita pertama yang mengadili aksi pada pusingan akhir Piala Asia.
Australia seterusnya akan menentang Syria manakala India akan membuat perhitungan bertemu Uzbekistan dalam usaha menghidupkan peluang ke pusingan kalah mati, masing-masing pada 18 Jan.
Dalam pada itu, China dan Tajikistan terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas terikat tanpa jaringan pada aksi Kumpulan A di Stadium Abdullah Bin Khalifa.
China akan bertemu Lubnan yang tewas 0-3 pada aksi sulung menentang Qatar semalam manakala Tajikistan bakal membuat perhitungan dengan pasukan tuan rumah, masing-masing pada 17 Jan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 13 2024
Pemain Australia meraikan kemenangan selepas menewaskan India dalam perlawanan Kumpulan B Piala Asia di Stadium Ahmad Bin Ali di Doha, Qatar. - Foto AP
[KOLUMNIS] PRK KKB: UMNO ‘king maker’ senyap?
Di Kuala Kubu Baharu, UMNO dilihat sebagai penentu dan king maker dengan menghadiahkan satu blok undi, dalam jumlah yang besar.
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
Thailand umum rancangan jadi hab penerbangan Asia Pasifik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan rancangan tiga peringkatnya untuk menjadi hab penerbangan di rantau ini. Ia bakal meningkatkan kapasiti pengembara udara kepada 270 juta orang setahun menjelang 2037 dan menjadi antara lima negara teratas dalam logistik udara di Asia-Pasifik.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Piala Asia: Malaysia tempah slot separuh akhir
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan mara ke separuh akhir Piala Asia 2024 selepas menundukkan Iran 4-2 pada saingan terakhir Kumpulan A di Chonburi, Thailand malam ini.
Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan buru final untuk layak Piala Dunia
Subahan Kamal berkata skuad negara dilihat semakin mantap dengan gabungan pemain berpengalaman dan baharu untuk kejohanan berkenaan.
Harimau Malaya jumpa Oman pagi Jumaat
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon telah menjalani Sesi Latihan Rasmi di stadium berkenaan pada Rabu.
Arif Aiman tiada dalam skuad B-23 ke Piala Asia
TEKA-teki sama ada pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi akan disenaraikan dalam skuad Harimau Muda ke Piala Asia bawah 23 tahun (B-23) Qatar pada April akhirnya terjawab.
'Saya kecewa, terluka' - Pan-gon
Kim Pan-gon mengharapkan penyokong tidak meletakkan harapan terlalu tinggi menjelang dua perlawanan Kumpulan D saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Keadaan padang baik, aksi Harimau Malaya-Oman kekal di Stadium Nasional
Stadium Nasional Bukit Jalil kekal menjadi venue bagi aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 melibatkan skuad Harimau Malaya menentang Oman.
Faisal Halim menang gol terbaik Piala Asia
Faisal Halim memenangi gol terbaik pada Piala Asia Qatar apabila jauh mendahului pesaing lain selepas undian ditutup pada awal pagi Isnin.
EPL: Ange Postecoglou bela Son Heung-min atas insiden Piala Asia
Ange Postecoglou tampil mempertahankan kapten Tottenham, Son Heung-min, atas insiden yang berlaku dalam kem Korea Selatan sewaktu saingan Piala Asia.
Republik Korea ambil keputusan lepaskan khidmat Jurgen Klinsmann
Ketua jurulatih Republik Korea, Jurgen Klinsmann, telah dipecat selepas hanya bersama pasukan selama 12 bulan.
Piala Asia: Kalau Qatar ada 'Salah', Jordan ada 'Messi'
Mousa Al Tamari selangkah sahaja lagi untuk mencipta sejarah tersendiri bagi negara kelahirannya Jordan muncul juara pertama kali bagi Piala Asia.