awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Asia B-23: Mukhairi Ajmal akui kelekaan bawa padah buat skuad Malaysia

Astro Arena
Astro Arena
06/06/2022
06:59 MYT
Piala Asia B-23: Mukhairi Ajmal akui kelekaan bawa padah buat skuad Malaysia
Harapan mereka untuk melolosi peringkat kalah mati tertutup selepas kekalahan 0-3 kepada Thailand. - Facebook / Football Association of Malaysia
KETUA pasukan skuad B-23 Malaysia, Mukhairi Ajmal, kelekaan mereka telah membawa padah apabila tersingkir dalam Piala Asia B-23 di Uzbekistan, tengah malam tadi.
Skuad kendalian Brad Maloney itu memerlukan kebangkitan selepas kecundang 1-4 kepada Korea Selatan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C di Stadium Lokomotiv, Tashkent, Khamis lalu.
Namun, harapan mereka untuk melolosi peringkat kalah mati tertutup selepas dihadiahkan kekalahan 0-3 kepada Thailand menerusi dua sentuhan pemusnah Supnanet Mueanta dan Channarong Promsrikaew.
Walaupun skuad negara memiliki beberapa kesempatan menarik termasuk percubaan Hadi Fayyadh Abdul Razak untuk mengikat kedudukan dalam separuh masa pertama, namun ternyata skuad Gajah Perang itu lebih cekap menghidu peluang.
"Semua pemain telah berikan yang terbaik. Saya rasa kami perlu perbaiki banyak lagi.
"Kami kena fokus dan kalau kami terleka dalam perlawanan, ia silap sendiri.
"Kami teruskan perjuangan. Kami perlu buat yang terbaik dan apabila Vietnam, kami perlu bangkit," katanya yang diberi peranan bebas.
Malaysia akan melengkapkan kempen berdepan juara Sukan SEA Hanoi, Vietnam, Rabu ini.
Topic Berkaitan
#skuad kebangsaan
#Piala Asia
#Uzbekistan
#Thailand
#b-23
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan