SPORTS
Piala Asia: Malaysia selangkah tamat penantian 34 tahun, jumpa Thailand di final

Malaysia akan bertemu Thailand di final Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 hari ini.
KUALA LUMPUR: Malaysia mara ke pentas akhir acara regu berpasukan Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 selepas menewaskan India 2-0 di separuh akhir di Stadium Titiwangsa hari ini.
Ringkasan AI
- Malaysia mara ke perlawanan akhir acara regu berpasukan selepas menewaskan India 2-0 di separuh akhir yang berlangsung di Stadium Titiwangsa.
- Malaysia bakal menentang Thailand di final petang ini, dalam usaha menamatkan penantian 34 tahun untuk menewaskan seteru utama itu dalam acara berpasukan.
- Regu pertama dan kedua Malaysia masing-masing menang dengan keputusan meyakinkan, menyumbang kepada kemenangan bersih ke atas India. Malaysia juga telah menjuarai acara kuadran dan regu dalam kejohanan edisi sulung ini.
Kemenangan tersebut menyuntik momentum buat regu kedua, terdiri daripada Muhammad Haziq Hairul Nizam, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Muhammad Afifuddin Mohd Razali, yang menamatkan perlawanan dengan keputusan 15-8, 15-5.
Terdahulu, Malaysia muncul juara dalam acara kuadran dan regu pada kejohanan edisi sulung tersebut.
Kali terakhir Malaysia menjulang kejuaraan dalam acara berpasukan adalah pada Sukan SEA Manila 1991.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami