PALESTIN menghadapi kesuntukan masa dalam melakukan persiapan menjelang saingan Piala Asia 2023 dengan perlawanan pembukaan menentang Iran kurang dua minggu sahaja lagi.

Pasukan itu kini bergelut untuk memberikan tumpuan ketika peperangan berterusan di utara Palestin, Gaza, sejak 7 Oktober lalu yang telah mengorbankan beribu nyawa termasuk keluarga pemain.

Berlainan dengan pasukan lain, pemain Palestin terpaksa membahagikan tumpuan terhadap perkembangan nasib keluarga masing-masing selain persiapan bersama skuad kebangsaan menuju kempen Piala Asia ketiga mereka.

Palestin juga berdepan kesukaran berikutan perlawanan domestik tidak dapat dianjurkan sejak perang tercetus selain padang bola sepak dijadikan tapak perkuburan.

Pasukan Palestin berada dalam Kumpulan C dengan membuka kempen menentang Iran, Emiriah Arab Bersatu disusuli Hong Kong.

*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro