awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Asia U-23 2024: Skuad Harimau Muda tewas kepada Qatar dalam perlawanan persahabatan

Bernama
Bernama
08/04/2024
06:18 MYT
Piala Asia U-23 2024: Skuad Harimau Muda tewas kepada Qatar dalam perlawanan persahabatan
Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut pasukan bimbingan Juan Torres Garrido ini, selepas tewas 1-2 kepada China dalam satu lagi perlawanan persahabatan Khamis lepas di Doha. - Foto Facebook Football Association of Malaysia
KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak negara bawah-23 (B-23) terus dirundung malang dengan kekalahan tipis 0-1 kepada pasukan Qatar dalam perlawanan persahabatan antarabangsa tertutup terakhir mereka sebelum kempen Piala Asia U-23 2024 bermula.
Sepakan penalti yang disempurnakan oleh penyerang tengah Ahmad Al-Rawi pada masa kecederaan separuh masa pertama terbukti menjadi penentu buat pasukan tuan rumah untuk memastikan kemenangan ke atas Harimau Muda.
Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut pasukan bimbingan Juan Torres Garrido ini, selepas tewas 1-2 kepada China dalam satu lagi perlawanan persahabatan Khamis lepas di Doha.
Bercakap kepada media selepas perlawanan, Garrido mengaku bahawa pasukan Ilidio Vale mempamerkan rentak dan fizikal yang unggul.
"Pemain negara nampak bergelut pada separuh masa pertama untuk menyamai rentak lawan, tetapi pada separuh masa kedua kita nampak para pemain dapat bertindak balas dengan baik.
"Secara keseluruhannya saya rasa permainan ini sangat bermanfaat bagi menyediakan pasukan menghadapi kejohanan dalam tempoh masa kira-kira seminggu lagi," katanya dalam klip video yang dikongsi Persatuan Bola Sepak Malaysia kepada media, hari ini.
Dalam kempen Piala Asia B-23 2024 Malaysia yang diundi dalam Kumpulan D akan memulakan saingan dengan menentang Uzbekistan pada 17 April, diikuti Vietnam (20 April) dan Kuwait (23 April) dengan misi mara sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir.
Hanya dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan layak ke suku akhir dan berpeluang meneruskan cabaran merebut tiga slot automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024, manakala pasukan keempat terbaik kejohanan itu akan bermain perlawanan play-off menentang Guinea di Paris Mei ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasukan bola sepak negara bawah-23
#perlawanan persahabatan
#harimau muda
#Qatar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan