awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Cabaran: PDRM bawa bekalan selesa ke Sarawak, menang 3-0 ke atas Kuching City

Bernama
Bernama
29/11/2023
22:15 MYT
Piala Cabaran: PDRM bawa bekalan selesa ke Sarawak, menang 3-0 ke atas Kuching City
Amir Saiful memastikan bekalan selesa untuk perlawanan akhir kedua Ahad ini menerusi gol ketiga pada minit-minit terakhir permainan. - Foto PDRM Football Club
PETALING JAYA: PDRM FC menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas Kuching City FC, dalam perlawanan akhir pertama Piala Cabaran 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini malam tadi.
Skuad Sang Saka Biru kendalian Datuk Ahmad Yunus Mohd Alif, jelas menguasai sebahagian besar permainan pada separuh masa pertama dengan mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol.
Bagaimanapun, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga separuh masa pertama tamat.
Bersambung babak kedua, PDRM menggandakan serangan dan hasilnya mereka berada di depan, selepas Marcus Papee Macauley membuat hantaran lintang ke kawasan kotak penalti Kuching City yang kemudian disempurnakan dengan tandukan Mohamad Nabil Ahmad Latpi, pada minit ke-53.
Selang 15 minit kemudian, Uche Agba memberikan keselesaan buat PDRM selepas rembatan padu di dalam kotak penalti, terbias tangan kiri penjaga gol lawan Wan Muhammad Azraie Wan Teh sebelum bola tersebut memasuki gawang Kuching City.
Kapten pasukan PDRM Amir Saiful Badeli memastikan bekalan selesa untuk perlawanan akhir kedua (timbal balik) pada Ahad ini di Stadium Negeri, Sarawak menerusi gol ketiga pada minit-minit terakhir permainan selepas beliau memanfaatkan kekalutan yang berlaku di hadapan gol pasukan pelawat.
"Kita tak boleh terlalu gembira sebab ada lagi 90 minit perlawanan pada aksi timbal balik. Macam-macam boleh berlaku dan mereka sudah pasti akan berikan sehabis baik di laman mereka nanti," kata Ahmad Yunus pada sidang media selepas tamat perlawanan.
Sementara itu, jurulatih Kuching City Aidil Sharin Sahak mengakui berdepan cabaran sukar pada aksi timbal balik nanti, namun optimis pasukannya itu mampu melakar kejutan kepada PDRM.
"Satu pencapaian cukup cemerlang untuk sampai ke peringkat akhir ini, apa pun kita akan berikan cabaran terbaik nanti," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuching City FC
#PDRM FC
#Piala Cabaran 2023
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan