awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia 2030: Argentina, Uruguay, Paraguay, Chile bergabung bida jadi tuan rumah

Astro Arena
Astro Arena
08/02/2023
02:50 MYT
Piala Dunia 2030: Argentina, Uruguay, Paraguay, Chile bergabung bida jadi tuan rumah
Argentina dengan Uruguay bergabung melancarkan bidaan sama pada 2017 tetapi ia kini dikukuhkan lagi dengan kehadiran Paraguay dan Chile sebagai penganjur bersama. - Foto Facebook/FIFA World Cup 2030
JUARA Piala Dunia 2022, Argentina, mengesahkan bahawa mereka akan bergabung dengan Uruguay, Paraguay dan Chile bagi melancarkan bidaan untuk menganjurkan Piala Dunia 2030.
Terdahulu, Argentina dengan Uruguay bergabung melancarkan bidaan sama pada 2017 tetapi ia kini dikukuhkan lagi dengan kehadiran Paraguay dan Chile sebagai penganjur bersama.
Uruguay menjadi tuan rumah Piala Dunia pertama pada 1930 dan sekiranya bidaan kali ini berhasil, mereka sekali lagi akan menjadi tuan rumah bagi edisi ke-100.
Presiden Persatuan Bolasepak Argentina, Claudio Tapia, mengesahkan perkara itu sambil berharap festival bola sepak terbesar itu dapat kembali ke benua berkenaan sepertimana ia bermula.
"Kami memiliki peluang untuk menganjurkan Piala Dunia. Ia memiliki sejarah, intipati, semangat yang sejajar dengan kehidupan bola sepak kami di Amerika Selatan.
"Hari ini merupakan hari yang amat penting dalam sejarah empat negara ini, empat persekutuan ini yang dahulunya bermula dengan sebuah impian.
"Kami sedar ia merupakan komitmen yang besar dan dengan itu, kamu perlu menunjukkan bahwa Argentina, Uruguay, Paraguay dan Chile sudah bersedia untuk menganjurkan Piala Dunia 2030," katanya. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2030
#tuan rumah
#Argentina
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan