SUKAN
Piala Dunia Kelab: Kelab kendalian Kim Pan-gon ucap selamat tinggal, tewas tipis kepada Dortmund

Darijan Bojanic cuba merebut bola dari kaki Jobe Bellingham (kanan) yang sedang cuba menjaringkan gol ketika perlawanan Piala Dunia Kelab FIFA Kumpulan F antara Borussia Dortmund dan Ulsan HD di TQL Stadium, Cincinnati, Ohio, 25 Jun 2025. REUTERS
ULSAN HD FC telah menamatkan perjalanan Piala Dunia Kelab FIFA mereka dengan kekalahan ketiga berturut-turut, yang terbaru tumbang kepada Borussia Dortmund.
Ulsan HD, juara bertahan Liga K1 tiga kali, tewas tipis 0-1 kepada kelab Jerman itu dalam perlawanan terakhir Kumpulan F mereka di Stadium TQL di Cincinnati, Ohio.
Nasib Ulsan HD yang dikendalikan Kim Pan-gon telah pun ditentukan sebelum perlawanan ini, berikutan kekalahan 1-0 kepada Mamelodi Sundowns FC dan kekalahan 4-2 kepada Fluminense FC.
Dortmund, selepas seri tanpa jaringan menentang Fluminense dan kemenangan 4-3 ke atas Sundowns, belum lagi mendapat tempat kalah mati sebelum perlawanan ini.Dortmund membuka jaringan pada minit ke-36, gerakan Jobe Bellingham berjaya mencari Daniel Svensson untuk menampan masuk bola ke gawang, sekali gus menjadikan gol kemenangan buat pasukan.
Ulsan menamatkan perlawanan dengan tiga percubaan berbanding 28 percubaan Dortmund.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami