awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar 2022 bermula sehari awal - FIFA

Bernama
Bernama
12/08/2022
04:29 MYT
Piala Dunia Qatar 2022 bermula sehari awal - FIFA
Perlawanan dan upacara pembukaan temasya tahun ini di Stadium Al Bayt akan dianjak sehari lebih awal berikutan keputusan sebulat suara oleh Biro Majlis FIFA. - AP
ISTANBUL: Piala Dunia Qatar 2022 akan bermula sehari lebih awal, badan induk bola sepak dunia mengesahkan pada Khamis.
"Piala Dunia FIFA 2022(TM) akan dimulakan dengan sambutan yang lebih hebat untuk peminat tempatan dan antarabangsa susulan negara tuan rumah Qatar dijadual menentang Ecuador pada Ahad, 20 November jam 19:00," menurut Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Perlawanan dan upacara pembukaan temasya tahun ini di Stadium Al Bayt akan dianjak sehari lebih awal berikutan keputusan sebulat suara oleh Biro Majlis FIFA hari ini.
"Oleh itu, pertemuan antara Senegal dan Belanda telah dijadualkan semula pada Isnin, 21 Nov dari 13:00 hingga 19:00," menurut kenyataan itu.
Perlawanan bola sepak antarabangsa edisi ke-22 merupakan Piala Dunia musim sejuk yang pertama, dijadual berlangsung dari 20 Nov hingga 18 Dis.
Sebanyak 32 pasukan diundi dalam lapan kumpulan akan beraksi dalam kejohanan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia
#Qatar
#FIFA
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan