awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar 2022 dibuka secara rasmi

Sinar Harian
Sinar Harian
20/11/2022
22:30 MYT
Piala Dunia Qatar 2022 dibuka secara rasmi
Persembahan bunga api pada penghujung majlis perasmian sebelum perlawanan pembukaan Kumpulan A Piala Dunia 2022, Qatar dan Ecuador di Stadium Al Bayt, Al Khor. - Foto AP
DOHA: Piala Dunia Qatar 2022 akhirnya membuka tirai secara rasmi dengan penuh gemilang di Stadium Al Bayt pada Ahad.
"Dari Qatar, dari dunia Arab, saya mengalu-alukan kedatangan semua orang ke Piala Dunia Qatar 2022.
"Betapa indahnya semua orang dapat mengetepikan segala perbezaan bagi meraikan apa yang menyatukan kita semua dalam sukan bola sepak," kata Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani semasa merasmikan kejuaraan bola sepak berprestij dunia itu.
Sheikh Tamim dan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino sebelum itu disambut meriah para penonton di Stadium Al Bayt.
Putera Mahkota Arab Saudi dan presiden Mesir, Turkiye serta Algeria, antara yang hadir menyaksikan acara pembukaan sebelum perlawanan peringkat kumpulan Qatar menentang Ecuador.
Bintang K-Pop Korea Selatan dari kumpulan BTS, Jungkook bersama penyanyi Qatar, Fahad Al-Kubaisi menyanyikan lagu tema kejohanan berjudul Dreamers
Pertunjukan 30 minit tujuh babak itu, turut menampilkan pelakon Amerika Syarikat, Morgan Freeman dan ratusan penghibur lain, memberi penghormatan kepada semua 32 negara yang mengambil bahagian, tuan rumah dan sukarelawan kejohanan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2022
#persembahan bunga api
#Stadium Al Bayt
#Sheikh Tamim Hamad Al-Thani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan