awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Aksi kelayakan Brazil-Argentina dibatalkan

Astro Arena
Astro Arena
17/08/2022
02:00 MYT
Piala Dunia Qatar: Aksi kelayakan Brazil-Argentina dibatalkan
Kedua-dua pasukan Amerika Selatan itu bebas untuk mengatur perlawanan persahabatan menentang lawan pilihan masing-masing sebagai persiapan ke Piala Dunia. - Astro ARENA
PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah bersetuju untuk membatalkan perlawanan kelayakan Piala Dunia di antara Brazil dan Argentina.
Perlawanan pada September tahun lalu itu terpaksa dihentikan sejurus selepas sepak mula berikutan pegawai kesihatan Brazil memasuki padang dengan mendakwa empat pemain Argentina telah melanggar protokol COVID-19.
FIFA mendesak agar pertembungan itu dijadualkan semula pada bulan depan walaupun secara dasarnya perlawanan tersebut tidak bermakna lagi buat kedua-dua pasukan berkenaan memandangkan telah pun layak ke Piala Dunia di Qatar, akhir tahun ini.
Konfederasi Brazil dan Argentina kedua-duanya menentang tuntutan FIFA apabila mengheret kes itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di mana ketiga-tiga pihak akhirnya mencapai keputusan sebulat suara.
Pasukan Brazil kendalian Tite dan skuad Argentina yang dibimbing Lionel Scaloni percaya untuk permainan itu diadakan kurang dua bulan sebelum kempen Piala Dunia berikutan melibatkan risiko kecederaan dan penggantungan terlalu tinggi.
Oleh itu, kedua-dua pasukan Amerika Selatan itu bebas untuk mengatur perlawanan persahabatan menentang lawan pilihan masing-masing sebagai persiapan ke Piala Dunia.
Topic Berkaitan
#piala dunia qatar
#Argentina
#Brazil
#batal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan