BELGIUM 0 MAGHRIBI 2

Hakim Ziyech berkata Maghribi mendapati adalah lebih mudah untuk berdepan Belgium berbanding Croatia selepas menerajui Kumpulan F, Piala Dunia di Qatar menerusi kemenangan 2-0 ke atas The Red Devils, awal pagi tadi.

Belgium muncul pasukan pilihan untuk memastikan rekod kemenangan kesembilan berturut-turut dalam pertemuan di Stadium Al Thumama itu, tetapi Maghribi berhak menang seleppas seri tanpa jaringan dengan Croatia dengan mengutip mata penuh di Doha.

Romain Saiss menyambut sepakan bola pegun daripada Abdelhamid Sabiri untuk membuka tirai jaringan sebelum Zakaria Aboukhlal mengesahkan kemenangan buat Atlas Lions pada masa kecederaan.

Ziyech dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan biarpun golnya dalam separuh masa pertama dibatalkan kerana ofsaid apabila mencipta bantuan jaringan kepada Aboukhlal pada masa kecederaan.

Piala Dunia Qatar: Benam Belgium warnai malam penuh indah buat Maghribi

Pemain sayap Chelsea itu berkata: "Perlawanan pertama lebih sukar bagi kami. Kami tidak dapat menampilkan persembahan sebenar.

"Croatia mempamerkan corak permainan yang sangat bagus. Ini mungkin patut menjadi lebih mudah terutama di bahagian tengah memandangkan kami melakukan lebih banyak kesilapan daripada Croatia.

"Kami beraksi dengan sangat mantap, khususnya di bahagian pertahanan. Kami menunggu kesilapan mereka dan saya fikir kami mendahului daripada segi itu dan meledak gol pada masa yang tepat."

Ziyech menambah: "Saya tidak layak meraih trofi Pemain Terbaik Perlawanan ini.

"Ia adalah usaha kolektif, semua orang berada di belakang saya, ia adalah kerja keseluruhan pasukan." - Astro ARENA