awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Croatia perlu peraga aksi terbaik sekat Argentina, kata Modric

Astro Arena
Astro Arena
13/12/2022
02:45 MYT
Piala Dunia Qatar: Croatia perlu peraga aksi terbaik sekat Argentina, kata Modric
Reaksi Luka Modric selepas tamat perlawanan suku akhir Piala Dunia antara Croatia dan Brazil, di Stadium Education City, Al Rayyan, Qatar, 9 Dis 2022. (Foto AP)
LUKA Modric berkata Croatia harus memperagakan permainan terbaik dalam hidup mereka demi mengatasi Argentina yang diketuai Lionel Messi dalam separuh akhir Piala Dunia, awal pagi esok.
Naib juara 2018 itu sekali lagi menampilkan prestasi luar biasa dalam laluan pusingan kalah mati apabila menewaskan Jepun dan pasukan pilihan, Brazil, dalam penentuan sepakan penalti yang dramatik.
Croatia berpeluang menjadi pasukan kedua yang menyingkirkan Brazil dan Argentina dalam pusingan kalah mati selepas Jerman melakukannya pada 2014.
Harapan mereka untuk mara ke final mungkin bergantung kepada kemampuan mereka untuk mengekang kehebatan yang telah merekodkan enam sumbangan gol dalam kempen ini.
Walaupun Modric sedar kepentingan merantai Messi, dia memberi amaran bahawa barisan kendalian Zlatko Dalic itu agar tidak memusatkan segala tenaga mereka hanya kepada seorang pemain.
"Saya mempunyai keinginan untuk beraksi tetapi semata-mata untuk berdepan seorang pemain sahaja," katanya dalam temu bual dengan RTVE.
A thread of some fresh-faced Croatian stars pic.twitter.com/lzRKOWxMhr
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 11, 2022
“Sudah tentu, Messi adalah pemain yang cemerlang, kami akan menghadapi masalah besar untuk menghalangnya tetapi kami sudah bersedia dan kami akan melakukan yang terbaik.
"Argentina merupakan pasukan yang gergasi. Kami akan cuba menampilkan permainan terbaik dalam hidup kami. Saya harap ia memadai untuk memacu kami ke final."
Topic Berkaitan
#Luka Modric
#Piala Dunia 2022
#Croatia
#Argentina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan