awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: White tinggalkan skuad England atas 'alasan peribadi'

Astro Arena
Astro Arena
30/11/2022
23:40 MYT
Piala Dunia Qatar: White tinggalkan skuad England atas 'alasan peribadi'
Ben White ketika hadir pada sesi latihan pasukan England di Kompleks Sukan Al Wakrah, Al Wakrah, Qatar, 26 Nov 2022. (Foto AP)
BEN White telah meninggalkan kem latihan England daripada saingan Piala Dunia Qatar dan pulang ke tanah air atas 'alasan peribadi'.
Pemain pertahanan berusia 25 tahun itu masih belum bermain seminit pun di Qatar, di mana England mengesahkan tempat mereka ke pusingan 16 terakhir selepas kemenangan 3-0 ke atas Wales Selasa lalu memastikan mereka mengungguli Kumpulan B.
White - yang telah menunjukkan prestasi mengagumkan bersama pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal musim ini - tidak mungkin kembali ke Qatar sebelum kejohanan berakhir.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak semalam berbunyi, "Ben White telah meninggalkan pangkalan latihan England di Al-Wakrah dan pulang ke tanah air atas sebab peribadi.
“Pemain pertahanan Arsenal itu dijangka tidak akan kembali menyertai skuad untuk baki kejohanan.
"Kami meminta privasi pemain dihormati pada masa ini."
Three Lions kendalian Gareth Southgate akan berdepan Senegal dalam perlawanan pusingan 16 terakhir di Stadium Al Bayt pada Ahad.
#ThreeLions defender @ben6white has left Englands training base in Al Wakrah and returned home for personal reasons.
— England (@England) November 30, 2022
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2022
#England
#Ben White
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan