awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Wanita: Colombia, Perancis ke suku akhir

Astro Arena
Astro Arena
09/08/2023
04:30 MYT
Piala Dunia Wanita: Colombia, Perancis ke suku akhir
Colombia layak ke suku akhir apabila mengatasi Jamaica 1-0 di Melbourne semalam hasil jaringan tunggal Catalina Usme pada awal babak kedua. - Foto Stadium Astro
COLOMBIA menewaskan Jamaica dalam pusingan 16 Piala Dunia wanita untuk mencongak perhitungan suku akhir dengan England sambil Perancis pula menamatkan cabaran Maghribi dan akan bertemu tuan rumah, Australia.
Dua perlawanan terakhir itu melengkapkan aksi pusingan 16 dengan tumpuan seterusnya akan terarah ke saingan suku akhir bermula Jumaat ini.
Colombia layak ke suku akhir apabila mengatasi Jamaica 1-0 di Melbourne semalam hasil jaringan tunggal Catalina Usme pada awal babak kedua.
Jaringan itu jelas menjadi pemisah di antara dua pasukan 'kuda hitam' kejohanan berkenaan, di mana Usme menghasilkan penyudah tenang untuk mengatasi penjaga gol, Rebecca Spencer, pada minit ke-51.
Kemenangan itu juga menyaksikan pasukan dari Amerika Selatan berkenaan mara ke suku akhir Piala Dunia Wanita buat kali pertama dalam sejarah mereka.
Dalam pada itu, Perancis menamatkan perjalanan Maghribi apabila meraih kemenangan 4-0 di Adelaide malam tadi.
Maghribi merupakan pasukan di ranking terendah dalam edisi ini, di mana mereka menduduki tangga ke-72 dunia dalam penampilan pertama mereka.
Bagaimanapun, Perancis menamatkan perjalanan itu dalam babak pertama apabila menjaringkan tiga gol pantas, di mana Kadidiatou Diani membuka jaringan pada minit ke-15 sebelum membantu gol Kenza Dali dan Eugenie Le Sommer, masing-masing pada minit ke-20 dan 23.
Maghribi, yang dibimbing bekas pemain kebangsaan Perancis, Reynald Pedros, mempamerkan aksi lebih baik dalam babak kedua tetapi sekali lagi dibolosi oleh tandukan Le Sommer pada minit ke-70. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Piala Dunia Wanita
#suku akhir
#Colombia
#Perancis mara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan