awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Wanita: Mary Earps kecewa jersi penjaga gol England tidak dijual

Astro Arena
Astro Arena
22/07/2023
02:49 MYT
Piala Dunia Wanita: Mary Earps kecewa jersi penjaga gol England tidak dijual
Earps hanya menyedari bajunya tidak akan disediakan oleh pengeluar Nike pada April lalu dan sejak itu dia berjuang secara tertutup, namun masih tidak berjaya. - Foto Astro ARENA
PENJAGA gol England, Mary Earps, melahirkan kekecewaannya terhadap keputusan untuk tidak menjual baju replikanya dalam kempen Piala Dunia Wanita.
Bintang Manchester United itu dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik dunia dalam bola sepak wanita oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Februari lalu dan turut dilantik sebagai timbalan kapten oleh ketua jurulatih England, Sarina Wiegman, sempena kejohanan berprestij kali ini.
Earps hanya menyedari bajunya tidak akan disediakan oleh pengeluar Nike pada April lalu dan sejak itu dia berjuang secara tertutup sebelum England membuka kempen mereka menentang Haiti, namun masih tidak berjaya.
Juara Euro 2022 itu berkata: “Saya tidak mampu mengatasi masalah ini dalam apa cara sekalipun, jadi saya tidak akan mencubanya. Ia sangat mengecewakan dan sangat menyakitkan.
“Secara peribadi ia mengecewakan memandang sepanjang tahun lalu penjaga gol mula menjadi perhatian.
“Saya sentiasa menyertai program akar umbi baru-baru ini dan itu tidak menjadi satu masalah.
That GK life. Shot on Google Pixel. pic.twitter.com/rT0QJ6VWji
— Lionesses (@Lionesses) July 21, 2023
“Ahli keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang saya sendiri tidak dapat membeli jersi saya, mereka akan keluar dan memakai jersi biasa.
"Saya fikir ini adalah satu masalah besar, penjaga gol seolah-olah tidak penting dan penyerang sahaja yang menjadi tumpuan.”
Replika jersi penjaga gol skuad lelaki England, Jordan Pickford, juga tidak dapat diperoleh di England.
Topic Berkaitan
#jersi penjaga gol
#penjaga gol England
#Mary Earps
#Piala Dunia Wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan