awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri

Piala Dunia Wanita: AS, Mexico tunjuk minat anjur edisi 2027

Astro Arena
Astro Arena
25/04/2023
00:20 MYT
Piala Dunia Wanita: AS, Mexico tunjuk minat anjur edisi 2027
FIFA menerima minat daripada empat pihak untuk menganjurkan Piala Dunia Wanita edisi 2027. - Foto Twitter/FIFA
PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menerima minat daripada empat pihak, termasuk gabungan Amerika Syarikat (AS) dan Mexico, dalam menganjurkan Piala Dunia Wanita edisi 2027.
Brazil dan Afrika Selatan turut menunjukkan minat mereka untuk menganjurkan acara berkenaan selain gabungan Belanda, Belgium dan German, di mana tuan rumah kejohanan itu akan dipilih bulan depan.
AS pernah menganjurkan Piala Dunia Wanita pada 1999 dan 2003 - menjuarainya pada 1999 - manakala Jerman pula merupakan satu lagi calon yang turut pernah bergelar tuan rumah pada 2011.
Sebagai rekod, AS dan Mexico, termasuk Kanada, telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia lelaki edisi 2026.
Persekutuan itu berharap pihak yang berminat untuk menganjurkan acara berkenaan dapat mengesahkan bidaan mereka sebelum 19 Mei ini.
Setiausaha Agung FIFA, Fatma Samoura, berkata: "Kami teruja dengan minat yang ditunjukkan, bukan hanya kerana mereka datang daripada ahli gabungan yang kuat dengan tradisi bola sepak yang mewakili empat konfederasi, malah ia mengesahkan bahawa bola sepak wanita sudah semakin diberikan tumpuan di seluruh dunia.
"Kesemua ahli gabungan akan dapat melihat satu proses bidaan yang mantap dan komprehensif dalam sejarah Piala Dunia Wanita."
Piala Dunia Wanita 2023 akan mengambil tempat di Australia dan New Zealand bermula 20 Julai ini. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Piala Dunia Wanita
#FIFA
#Fatma Samoura
#bidaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.