awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala EFL: Sentuhan berbisa Jota bawa Liverpool ke final

Astro Arena
Astro Arena
21/01/2022
00:53 MYT
Piala EFL: Sentuhan berbisa Jota bawa Liverpool ke final
Diogo Jota (tengah) meraikan bersama rakan selepas menjaringkan gol kedua pasukannya dalam perlawanan separuh akhir kedua EFL antara Arsenal dan Liverpool di Stadium Emirates, London, 20 Jan 2022. (Foto AP)
ARSENAL 0 LIVERPOOL 2 (Liverpool mara ke final dengan agregat 2-0)
Diogo Jota dalam rentak berbisa ketika menentang Arsenal dan Jurgen Klopp menyifatkannya sebagai bukti bahawa anak buahnya itu kini di kelas penyerang bertaraf dunia.
Liverpool membelanjakan £41 juta (RM233.7j) untuk menandatangani Jota daripada Wolves pada September 2020 dan dia telah memberikan saingan sengit kepada Roberto Firmino untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.
Pemain antarabangsa Portugal tersebut mencatat 27 jaringan dalam 57 penampilan buat The Reds dengan dua golnya dalam separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris (EFL) di kandang The Gunners, awal pagi tadi, itu membantu pelawat melakar kemenangan agregat 2-0 bagi menempah pertemuan dengan Chelsea dalam penentuan gelaran di Wembley, bulan depan.
Walaupun hanya beraksi dua perlawanan untuk Liverpool di Stadium Emirates, dia sudah pun menjadi penjaring terbanyak kelab itu di gelanggang berkenaan dengan empat gol, sementara mengumpul lima jaringan sepanjang empat penampilan terakhir menentang Arsenal.
Berikutan ketiadaan Sadio Mane dan Mohamed Salah kerana tugasan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), lantas Jota mengisi peranan penting di jentera serangan itu tetapi ia ternyata tidak mengejutkan Klopp.
"Suasana di dalam bilik persalinan sangat meriah. Ia adalah perlawanan yang sukar, secara umumnya ini adalah tempoh yang sukar. Tetapi apa yang dilakukan oleh barisan pemain ketika menentang pasukan Arsenal yang sangat ampuh ini benar-benar luar biasa," kata pengendali itu kepada Sky Sports.
13 - Liverpool's victory tonight sees them qualify for the League Cup final for the 13th time; the most of any team in the competition's history. Regulars. pic.twitter.com/jYmer0BNJd
— OptaJoe (@OptaJoe) January 20, 2022
"Dalam separuh masa pertama, Arsenal cukup rancak kemudian kami meredakannya, mempamerkan permainan yang bagus, tidak banyak mencipta peluang tetapi masih ada usaha yang berkualiti. ​​Babak kedua juga agak serupa.
"Saya perlu katakan bahawa kami telah menjaringkan dua gol yang menarik. Wau, Diogo Jota di kemuncak prestasi. Tetapi hantaran untuk gol pertama itu adalah satu gerakan yang hebat sementara gol kedua, saya tidak fikir ramai orang di stadium perasan Diogo di kedudukan itu tetapi Trent melihatnya, ia membantunya. Kemudian dia menyudahkannya. Benar-benar luar biasa.
"Kami benar-benar yakin dia akan memberikan sumbangan yang besar sebaik tiba di kelab ini. Anda perlu menonton 100 perlawanan jika anda berhasrat menandatangani seseorang pemain, jadi kami benar-benar selesa.
"Memandangkan dia berada di sini, dia telah membuat satu lagi langkah yang besar. Ia membantunya. Dia baru sahaja bertukar menjadi penyerang bertaraf dunia."
Arsenal terlebih dahulu melancarkan serangan berbahaya yang menyaksikan percubaan Alexandre Lacazette pada awal permainan menerjah palang dan pemain antarabangsa Perancis itu terlepas satu lagi peluang menarik untuk membentuk gerakan bersama Caoimhin Kelleher pada awal separuh masa kedua.
Menuju masa kecederaan, usaha The Gunners semakin sukar apabila Thomas Partey menerima dua kad kuning dalam tempoh tiga minit.
Topic Berkaitan
#Liverpool
#Arsenal
#Diogo Jota
#EFL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan