GEORGE TOWN: Skuad Harimau Kumbang bersedia menghadapi saingan piala tertua Asia Tenggara, Piala Malaysia yang membuka tirai Ahad ini, berdepan Sarawak United FC di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.
Ketua Jurulatih Penang FC, Tomas Trucha mengaku pasukan kendaliannya menerima tekanan selepas berjaya merangkul tempat ketiga dalam Liga Super 2021 namun menganggapnya sebagai satu perkara positif.
Katanya, kejayaan tersebut meletakkan Penang FC sebagai pesaing yang kuat di mata pasukan lawan, maka ia memberikan tekanan dan motivasi untuk pasukannya terus mara dalam perlawanan akan datang.
“Saya yakin bahawa perlawanan akan datang jadi lebih mencabar terutamanya apabila berdepan dengan pasukan yang telah menunjukkan prestasi baik. Ada juga pasukan ingin menebus pencapaian mereka dalam saingan lepas, jadi cabarannya tinggi buat Penang FC,” katanya kepada Bernama dalam temu ramah menerusi aplikasi Zoom hari ini.
Mengulas lanjut, Trucha berkata pihaknya tidak mempunyai senarai tetap pemain kesebelasan utama dan pemain simpanan, sebaliknya ia bergantung kepada prestasi dan kerja keras para pemain sepanjang latihan dan perlawanan persahabatan.
Beliau juga tidak meletakkan sasaran khusus dalam saingan Piala Malaysia tahun ini sebaliknya mahu memberikan fokus kepada perlawanan demi perlawanan.
Trucha berkata sebagai Ketua Jurulatih, cabaran utama dalam mengendalikan pasukan adalah bagi memastikan semua pemain sentiasa bermotivasi namun mengakui adalah sukar bagi pemain untuk mendapatkan motivasi dalam waktu singkat selepas mencipta sesuatu kejayaan.
“Apa yang saya lihat ketika mereka berlatih adalah sesuatu yang memberangsangkan. Para pemain semuanya semakin bermotivasi, bersemangat, bekerja keras dan mereka juga saling menyokong dan membantu antara satu sama lain. Adalah sangat penting bagi pasukan untuk bekerja sebagai sebuah keluarga, ianya tidak ternilai,” katanya.
Selain itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas menyenaraikan Penang FC, sebagai satu daripada pasukan yang berjaya menunjukkan prestasi terbaik sepanjang Liga Super musim ini.
Katanya, beliau menjadikan pujian sebagai penyuntik semangat baharu kepada pasukan tersebut baik dari ahli lembaga pengarah, jurulatih dan para pemain terutamanya dalam menghadapi saingan Piala Malaysia.
"Tunku Ismail telah berjaya menguruskan JDT dengan profesional dan bertaraf antarabangsa serta mengakui bahawa banyak yang boleh dipelajari daripada beliau (Tunku Ismail)," katanya.
Terdahulu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi rancangan Bola@Mamak telah memberikan pandangannya berkenaan prestasi pasukan yang berentap di dalam Liga Super dan Liga Premier 2021.
Diundi dalam Kumpulan A, Penang FC yang mengakhiri saingan Liga Super musim ini di tangga ketiga, bakal menghadapi Sarawak United FC, Kuala Lumpur City FC dan Sri Pahang FC.
Pada 2019, skuad Harimau Kumbang gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya selepas tersungkur di peringkat kumpulan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 24 2021
Skuad Harimau Kumbang bersedia menghadapi saingan piala tertua Asia Tenggara, Piala Malaysia yang membuka tirai Ahad ini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.