awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Malaysia: JDT selesa, Sabah belum selamat

Bernama
Bernama
05/11/2022
16:27 MYT
Piala Malaysia: JDT selesa, Sabah belum selamat
JDT kini melangkah ke aksi kedua yang dijadual berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri minggu depan dengan selesa. - Gambar/ FB Johor Southern Tigers
KUALA LUMPUR: Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) berada dalam kelas tersendiri selepas mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Naib Juara Liga Premier, Kelantan FC pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2022, malam ini.
Biarpun bertandang ke kubu lawan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu yang dibanjiri 20,000 penonton, skuad Harimau Selatan bimbingan Hector Bidoglio tidak berdepan masalah untuk mendominasi permainan sekali gus mendahului 2-0 seawal separuh masa pertama.
Penjaring terbanyak Liga Super, Bergson da Silva membuka tirai jaringan pada minit ke-29 selepas menanduk masuk sepakan penjuru Leandro Velazquez sebelum penyerang kebangsaan Muhammad Syafiq Ahmad menggandakan kedudukan selepas menyudahkan satu hantaran lintang pada minit ke-37.
Harapan pasukan tuan rumah kendalian Rezal Zambery Yahya untuk melangkah ke separuh akhir semakin malap apabila JDT meledak gol ketiga pada minit ke-74 menerusi penyudah Velazquez yang bijak menggelecek beberapa pemain sebelum melepaskan rembatan deras ke gawang.
Seminit kemudian, pengadil Zulkarnain Zakaria melayangkan kad merah kepada pemain tengah JDT Mohd Afiq Fazail selepas mengutip kad kuning kedua kerana kekerasan dilakukan.
Bagaimanapun, berbekalkan tiga gol, JDT kini melangkah ke aksi kedua yang dijadual berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri minggu depan dengan selesa sekali gus kekal di landasan untuk menebus kekecewaan selepas kecundang kepada Kuala Lumpur (KL) City FC di final edisi lepas.
Pada masa sama, Sabah FC boleh menarik nafas lega selepas berjaya melakar kemenangan 1-0 ke atas Kuching City FC pada pertembungan di Stadium Negeri, Kuching yang disaksikan lebih 20,000 penonton.
Bekas pemain tengah kebangsaan Baddrol Bakhtiar muncul wira skuad Sang Badak apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-69 selepas menolak masuk bola tampanan kurang kemas penjaga gol Shaiful Wazizi Mohammad.
Kuching City akan betandang ke Stadium Likas, Kota Kinabalu bagi perlawanan kedua minggu depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Malaysia
#JDT
#Sabah FC
#Kelantan FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan