KUALA LUMPUR: Terengganu FC (TFC) menempah tiket ke separuh akhir meskipun diikat Selangor FC 1-1 pada aksi suku akhir kedua saingan Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.
Kemenangan itu menyaksikan skuad Penyu mara Dengan agregat 3-1 selepas menundukkan juara 33 kali piala berprestij itu 2-0 pada aksi pertama di Kuala Terengganu, 16 Sept lalu.
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Pada babak pertama, Selangor yang diberi julukan Gergasi Merah dilihat bermula garang dalam misi memburu gol namun TFC terlebih dahulu mengukuhkan kelebihan jaringan apabila Ivan Mamut menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-23.
TFC memperoleh sepakan penalti selepas Safuwan Baharudin menjatuhkan Nor Hakim Hassan.
Babak kedua menyaksikan skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang tidak putus asa melancarkan serangan untuk menyamakan kedudukan, berhasil dengan penyudah Safuwan yang menanduk masuk bola ke dalam gawang selepas menerima hantaran penjuru Faisal Halim pada minit ke-69.
Asakan demi asakan dilakukan kedua-dua pasukan namun masing-masing gagal menjarakkan kedudukan dan keputusan kekal 1-1 hingga ke wisel penamat.
Sementara itu, perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang, menyaksikan KL City FC mengikat Sri Pahang FC 1-1 untuk mara ke peringkat separuh akhir dengan agregat 2-1
Beraksi di atas padang becak, tuan rumah terlebih dahulu agresif memberikan tekanan namun skuad pelawat terlebih dahulu meledak jaringan pada minit ke-29 menerusi Romel Oswaldo Morales dengan tandukan.
Pada babak kedua, skuad Tok Gajah yang berusaha untuk merapatkan jurang jaringan, berjaya memecah kebuntuan pada masa kecederaan melalui sepakan penalti Lucas Da Silva.
Pada aksi suku akhir pertama, 17 Sept lalu, skuad The City Boys itu menang 1-0.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023

KL City meledak jaringan pada minit ke-29 menerusi Romel Oswaldo Morales dengan tandukan. - Foto Facebook KL City FC

Takaful Malaysia perkenal Kad Perubatan Digital Kaotim
Takaful Malaysia melancarkan platform digital Kaotim dalam usaha menawarkan pengalaman lebih mesra pelanggan dan selamat pada Rabu.

Runtuhan gudang: CIDB lakukan siasatan terperinci
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang menjalankan siasatan awal dan terperinci berhubung kejadian projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini, yang r
Agenda AWANI: Pembesaran prostat, ambil tahu risiko dan rawatan
Apakah yang dimaksudkan dengan Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) atau juga disebut sebagai pembesaran kelenjar prostat? Siapa golongan berisiko dan adakah ia boleh dirawat? Diskusi 9 malam

Lawatan Anwar, Srettha ke Selatan Thailand tingkatkan kerjasama pembangunan sempadan
Lawatan itu mengukuhkan kejasama antara Thailand dan Malaysia dalam pelbagai sektor, termasuk pembangunan infrastruktur, perdagangan, pelancongan, pertanian dan keselamatan sempadan.
Agenda AWANI: Solidariti bersama rakyat Palestin
Tarikh 29 November merupakan Hari Solidariti Antarabangsa dengan Rakyat Palestin sebagai sambutan rasmi yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB pada 1978. Diskusi 8.30 malam

Laporan Ketua Audit peruntukan kepada MSN 'lesap' tidak benar - MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menjelaskan, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 pada 22 Nov mengenai wang sebanyak RM1.47 juta yang diperuntukkan kepada MSN 'lesap', adalah tidak benar.

Prestasi cemerlang Petronas dicapai melalui pengurusan, tatakelola yang cekap - PM
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga terhadap Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kerana mampu mempertahan integriti yang sangat tinggi sejak dahulu hingga kini.

Penjara Israel umpama neraka - Bekas tahanan
"Selamat datang ke neraka" itulah kata-kata yang dilontarkan seorang pegawal penjara rejim Israel kepada penduduk Palestin Fouad Hassan ketika dia di bawa ke penjara Megiddo, di Israel.

'Minta maaf, saya bipolar...' - Yasin
Muhammad Yasin Sulaiman meluahkan kesyukuran selepas 20 bulan berulang ke mahkamah akhirnya keputusan memihak kepadanya.

Wartawan perlu bersifat intelektual, bukan sebagai pelapor semata-mata
Profesion kewartawanan perlu bersifat intelektual dan bukan hanya sebagai pelapor semata-mata, agar tidak dilihat dangkal dan dipandang rendah oleh masyarakat umum.

Menteri jamin kualiti rumput venue final Piala Malaysia
Hannah tidak bimbang walaupun wujud gambar tular yang dikatakan mencerminkan keadaan rumput yang rosak selepas konsert Coldplay.

TFC tempah tiket ke final Piala Malaysia selepas tewaskan KL City
Dengan kemenangan itu TFC bakal berdepan dengan penyandang Piala Malaysia musim lepas, Johor Darul Ta'zim (JDT).

JDT ke final selepas belasah Perak FC 8-1
JDT ke final Piala Malaysia 2023 dengan berpesta gol menewaskan Perak FC 8-1 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim.

Penyokong bola sepak mengaku tidak bersalah miliki pisau
Tertuduh didakwa memilik sebilah pisau dalam beg pinggang berwarna hitam, di pintu B Stadium Indera Mulia 19 Oktober lalu.

Piala Malaysia: Terengganu bawa pulang bekalan tipis
Kedua-dua pasukan yang turun dengan misi tersendiri jelas mempamerkan corak permainan yang lebih berhati-hati di awal perlawanan.

Pengalaman jadi pemisah antara Perak FC dan JDT
Pengalaman jelas menjadi pemisah antara pasukan Perak FC dan JDT dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia.

Dua penyokong ditahan ketika perlawanan Perak FC, JDT
Tangkapan itu bagaimanapun hanya melibatkan kesalahan kecil tanpa sebarang isu rusuhan atau pergaduhan.

JDT 'sebelah kaki' ke final, benam Perak 4-1
JDT menepati ramalan menghampiri final apabila membawa bekalan selesa untuk aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim, pada 2 Nov ini.

'Tindakan tegas penyokong cetus provokasi pada perlawanan Perak, JDT'
Tindakan tegas akan diambil terhadap penyokong yang mencetuskan provokasi atau pergaduhan sepanjang saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak FC dan JDT.

Kawalan keselamatan diperketat aksi Perak berdepan JDT, elak insiden luar jangka
Lebih 300 anggota polis akan membantu mengawal dan melakukan pemantauan bagi memastikan keadaan keselamatan penyokong kedua-dua pasukan terjamin.