KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan melawat keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.
Baginda, yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), hadir ketika sesi latihan rasmi skuad Harimau Selatan menjelang aksi final Piala Malaysia 2023 menentang Terengganu FC (TFC) pada 9 malam, esok.
Dalam lawatan kira-kira 20 minit itu, TMJ turut dilihat mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Mohd Faidz Sanusi selepas kualiti padang itu sekali lagi menjadi persoalan.
Isnin lepas, permukaan padang Stadium Nasional sekali lagi tular dan menjadi perhatian selepas Tunku Ismail memuat naik gambar keadaan gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya itu yang kelihatan sedikit terjejas menerusi laman media sosial milik baginda.
Ia merupakan kali kedua dalam tempoh kira-kira dua minggu Tunku Ismail memuat naik gambar keadaan padang Stadium Nasional, yang pertama selepas dua hari konsert kumpulan Coldplay berlangsung di stadium berkenaan pada 22 Nov lepas.
Sebelum ini, Tunku Ismail mengurniakan rumput jenis Zeon Zoysia untuk digunakan di Stadium Nasional yang mula ditanam tahun ini.
Pada final esok, JDT memburu gelaran Piala Malaysia keempat dan double treble selepas muncul juara Liga Super dan Piala FA musim ini, manakala TFC berhasrat menjulang Piala Malaysia buat kali kedua selepas kejayaan 2001.
Skuad Harimau Selatan, yang merangkul ketiga-tiga gelaran itu pada 2022, turut muncul juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah (perlawanan Sumbangsih) musim ini dan musim lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (tiga, kiri) yang juga pemilik Kelab JDT, berkenan meninjau keadaan padang dan sesi latihan rasmi JDT menjelang Piala Malaysia 2023 akhir malam esok di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto BERNAMA
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merantasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Punca 70 peratus pekerja seluruh dunia berdepan penyakit
Perubahan iklim yang semakin ketara menyebabkan 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya.
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
Fahmi, Saifuddin serta tiga menteri JPM merafak sembah pelantikan Tunku Mahkota Ismail
Beberapa jemaah menteri turut merafak sembah dan menitipkan doa dan kesejahteraan kepada Tunku Mahkota Ismail serta keluarganya.
Tunku Ismail bakal dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor esok
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan dilantik sebagai Pemangku Sultan dalam Majlis Istiadat Pelantikan Pemangku Sultan esok.
Tunku Mahkota Johor terima menghadap PM Anwar
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, sempena lawatan Perdana Menteri itu ke negeri itu.
Isteri TMJ dikurnia gelaran Che Puan Mahkota
Isteri Tunku Mahkota Johor Che Puan Besar Khaleeda Bustamam dilantik dan dikurniakan gelaran Che Puan Mahkota, berkuat kuasa semalam (1 Jan).
Piala Malaysia: TMJ tinjau kualiti padang Stadium Nasional
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim berkenan melawat keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.
Kembara Mahkota Johor 2023 dipimpin TMJ bermula
Jelajah itu kembali diadakan selepas tiga tahun tidak dianjurkan berikutan pandemik COVID-19 sejak 2019.
'Hendak jumpa arwah ibu', pesakit jantung terbalik adik Adam hembus nafas terakhir
Pesakit jantung terbalik Mohd Adam Amsyar, 11, yang bergantung dengan mesin oksigen untuk bernafas telah meninggal dunia di Hospital Pontian pada malam Selasa.
Kedah, Perak antara terawal minat naik taraf rumput Zeon Zoysia
Negeri yang berminat perlu pastikan kondisi fasiliti sedia ada termasuk sistem saliran air stadium berada dalam keadaan baik.
PRU15: Elak kekecohan, TMJ ingatkan bangsa Johor jaga tingkah laku
TMJ tidak mahu keharmonian dan keselamatan di Johor terjejas oleh pihak-pihak tertentu kerana PRU15 akan datang.
TMJ beri sokongan kuat di belakang tabir - Presiden FAM
Pasukan bola sepak negara yang layak secara merit ke Piala Asia 2023 telah mendapat sokongan padu daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.