MELAKA: Pengendali Melaka United FC Zainal Abidin Hassan bertekad untuk membawa pasukannya terus mara dan melakar sejarah baharu dalam saingan Piala Malaysia selepas menundukkan Sabah FC 2-1 dalam saingan suku akhir kedua di Stadium Hang Jebat di sini malam tadi.
Kejayaan menempah tiket ke pusingan separuh akhir dengan agregat 3-1 selepas tempoh 38 tahun itu disifatkannya amat bermakna, namun tidak mahu terus dibuai rasa gembira kerana mempunyai tempoh singkat untuk merancang strategi berdepan Kuala Lumpur pada 22 Nov ini di tempat lawan.
"Alhamdulillah secara keseluruhan para pemain mengekalkan momentum dan menunjukkan displin dari awal hingga akhir perlawanan, cuma banyak peluang terlepas dan itu tidak dinafikan mereka perlu perbaiki corak permainan kerana dalam pusingan sebegini gol adalah amat penting," katanya kepada pemberita selepas perlawanan di sini malam tadi.
Terdahulu pada perlawanan disaksikan kira-kira 7,000 penonton itu, tuan rumah tidak menunggu lama untuk merobek gawang Sabah seawal minit ke-3 permainan menerusi Adriano Narcizo yang gagal diselamatkan penjaga gol Rozaimie Rohim dan keputusan itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Skuad Sang Kancil terus melebarkan jurang gol menerusi pemain import dari Haiti, Sony Norde pada minit ke-77 dan ketika permainan menghampiri penamat, Sabah dihadiahkan sepakan penalti yang mudah disempurnakan oleh Risto Mitrevski pada masa tambahan.
Sementara itu, Jurulatih Sabah Datuk Ong Kim Swee berkata gol awal Melaka telah merosakkan perancangan pasukannya untuk bangkit mencari kemenangan pada perlawanan timbal balik itu.
"Namun saya berpuas hati dengan persembahan pemain terutamanya pemain muda Sabah dalam Piala Malaysia ini mendapat satu pengalaman dan saya percaya pada tahun hadapan mereka akan bertambah matang seterusnya di situ kita mampu mengubah skrip," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 19 2021
Perlawanan Suku Akhir Kedua Bola Sepak Piala Malaysia antara Melaka United FC dan Sabah FC di Stadium Hang Jebat dekat Krubong, malam tadi. --fotoBERNAMA
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
Hamidin wajar terus diberi kepercayaan pimpin FAM - Zainal Abidin
Datuk Zainal Abidin Hassan merasakan Datuk Hamidin Mohd Amin wajar terus diberi kepercayaan menduduki kerusi nombor satu FAM.
Program naturalisasi perlu ditamatkan - Lim Teong Kim
Bekas Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara Datuk Lim Teong Kim berpendapat dasar program naturalisasi perlu dihentikan.
Pan-gon perlu hati-hati buat pertukaran pemain ketika menentang Korea Selatan
Zainal Abidin mengingatkan Kim Pan-gon supaya lebih berhati-hati ketika melakukan pertukaran pemain ketika menentang Korea Selatan.
Syria gambaran awal kekuatan Harimau Malaya
Harimau Malaya perlu melakar kemenangan ke atas Syria sekali gus meningkatkan keyakinan pasukan sebelum bertemu Jordan, kata Zainal Abidin.
Piala Asia: Harimau Malaya mampu curi mata di perlawanan pembukaan - Zainal Abidin
Keyakinan muncul setelah melihat percaturan Pan Gon banyak 'menampal' kelemahan pasukan negara selain prestasi memberangsangkan tahun ini.
Pestabola Merdeka: Zainal Abidin bintang dalam pembikinan, Chin Aun sedia gadai nyawa
Zainal Abidin, Chin Aun imbas kenangan sertai skuad kebangsaan pada 1980.
Anak dakwa Zainal Abidin, Fyna Jebat sudah bercerai?
Nama penyanyi Fyna Jebat kembali menjadi bualan hangat netizen apabila didakwa sudah bercerai dengan suaminya, Datuk Zainal Abidin Hassan.
Zainal tuntut penyerang tempatan lebih tajam, keluar dari bayang awang import
Legenda bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan, mencabar barisan penyerang tempatan supaya menyaingi kehebatan awang import, pada musim baharu Liga Super 2023.
Fyna Jebat dapat sokongan suami untuk kembali menyanyi
Datuk Zainal Abidin tidak meletakkan sebarang syarat kepada isteri baharunya itu aktif dalam dunia seni suara.
Zainal Abidin harap Penang FC kekalkan disiplin tinggi
Terdapat sedikit kecuaian yang telah memberi pasukan lawan peluang mendapatkan gol kemenangan.