awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Kerajaan lulus insentif cukai modal teroka pacu pelaburan pemula niaga - Amir Hamzah
MALAYSIA
Nahas FRU: Mahkamah keluar waran tangkap pemilik syarikat lori
GADGETS
Drunken Master, Once Upon a Time in China antara 100 filem kung fu dibaik pulih guna AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

Piala Negara-Negara dedah kelemahan Speedy Tigers

Sinar Harian
Sinar Harian
24/06/2025
00:20 MYT
Sponsor Banner
Piala Negara-Negara dedah kelemahan Speedy Tigers
Marhan (tiga, kanan) mahu rakan sepasukan terus bekerja lebih kuat bagi membentuk skuad mantap. - Foto Sinar Harian
SKUAD Speedy Tigers meraih pengalaman berguna setelah sekadar meraih tempat keenam Piala Negara-Negara 2025 di laman sendiri yang menutup tirai pada Sabtu.
Kapten pasukan, Marhan Jalil mengakui pasukan perlu lebih konsisten semasa beraksi lebih-lebih lagi ketika berdepan dengan tekanan tinggi skuad lawan.
Malah beliau juga menuntut para pemain melipat gandakan usaha untuk memberi saingan sengit kepada pasukan besar dunia di pentas antarabangsa.
Aksi final edisi ketiga kejohanan itu menyaksikan pertemuan menarik antara New Zealand dan Pakistan yang merupakan dua pasukan yang ditentang skuad negara dalam saingan Kumpulan B sebelum ini.
"Bagi saya, untuk membezakan pasukan yang masuk final dengan skuad kita ialah, mereka lebih konsisten dalam setiap perlawanan.
"Jadi kita kena ikut cara mereka bermula seawal minit pertama sehingga habis kekal konsisten dan beri yang terbaik sepanjang perlawanan.
"Seperti sebelum ini kita mendahului tiga jaringan, namun pada suku keempat kita kena (pasukan lawan bangkit). Jadi kita perlu kaji semula (corak permainan) dan kerja lebih kuat.
"Begitu juga komitmen di padang, apabila tekanan datang, kita kena lebih bersedia dan kompak terutama di kawasan pertahanan," katanya.
Enggan menoleh ke belakang, ketua pasukan berusia 33 tahun itu membakar semangat rakan sepasukan terutama pemain muda untuk cepat belajar dalam usaha meningkatkan kualiti permainan.
"Saya bersama senior lain akan bimbing semua pemain muda. Kami perlu bersatu hati dan akan cuba yang terbaik.
"Kepada pemain muda, cepat belajar dan raih pengalaman daripada perlawanan berintisiti tinggi. Apabila semua pemain ada kualiti dan jurulatih akan nilai daripada aspek konsisten untuk bentuk skuad mantap," katanya.
Sebagai rekod, dalam aksi peringkat kumpulan, Malaysia terikat 3-3 dengan Pakistan, namun dikecewakan New Zealand yang bangkit daripada ketinggalan tiga jaringan untuk meraih kemenangan 4-3. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#hoki
#Speedy Tigers
#Marhan Jalil
#Piala Negara-Negara 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami