KUALA LUMPUR: Saingan Piala Presiden dan Piala Belia dibatalkan buat tahun kedua berturut-turut ekoran pandemik COVID-19, umum Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa pandemik, hal-hal pengoperasian serta keselamatan pemain, pegawai, petugas perlawanan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran pertandingan.
Keputusan itu juga diambil selaras dengan status penganjuran kedua-dua pertandingan tersebut, yang sehingga kini masih belum mendapat 'lampu hijau' daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Selain itu, faktor para pemain Piala Presiden dan Piala Belia 2021 yang sudah melengkapkan vaksin masing-masing juga pada tahap yang agak rendah ketika ini yang ia akan memberi risiko tinggi terhadap keselamatan dan kesihatan mereka jika kedua-dua pertandingan ini tetap mahu dilangsungkan pada tahun ini," katanya menerusi kenyataan.
Beliau berkata beberapa perkara penting dalam penyediaan prosedur operasi standard (SOP) juga dilihat masih belum cukup untuk memberi jaminan tahap tertinggi dalam segala aspek penganjuran.
Piala Presiden yang merupakan pertandingan bagi peringkat umur bawah-21 tahun dan Piala Belia (bawah-19), pada awalnya dijadualkan bermula dengan saingan peringkat kumpulan pada 3 Jun, sebelum ditangguh sehingga September berikutan kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 31 2021
Stuart Ramalingam berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa pandemik, hal-hal pengoperasian serta keselamatan. - Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Tindakan tegas akan diambil terhadap individu terlibat pergaduhan - FAM
FAM akan ambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pergaduhan pada pertandingan Piala Presiden dan Piala Belia.
Pasukan Liga Super musim depan wajib sertai Piala Presiden, Piala Belia
Kesemua kelab Liga Super berdepan cabaran baharu bermula musim hadapan apabila masing-masing diwajibkan menghantar pasukan bertanding dalam saingan Piala Presiden dan Piala Belia.
"Datanglah jenguk saya", luah bekas peninju kebangsaan
"Datanglah jenguk saya," demikian luahan bekas peninju kebangsaan era 1990-an, Nekmat Jantan, yang kini terpaksa berkerusi roda akibat penyakit saraf yang dialaminya sejak tahun lepas.
FAM anjak tarikh sepak mula tiga pertandingan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan penganjuran Piala Presiden, Piala Belia dan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim ini terpaksa ditangguhkan sehingga September.
BAM akan manfaat penangguhan Piala Thomas/Uber 2020
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tetap meneruskan agenda yang telah dirancang, meskipun pusingan akhir Piala Thomas dan Uber 2020 yang dijadual berlangsung bulan depan, ditangguhkan.
Piala Thomas/Uber: Dibatalkan atau tunda buat kali keempat?
Namun sehingga kini, masih belum ada kenyataan rasmi dari badan induk dunia tentang status kejohanan itu.
BAM anjur perlawanan simulasi Piala Thomas dan Uber
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menganjurkan satu lagi kejohanan pemanas badan sebagai persiapan menghadapi Piala Thomas dan Uber yang dijadualkan berlangsung dari 3-11 Okt di Aarhus, Denmark,
PAFA tidak batal kontrak, tidak potong gaji pegawai, pemain
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berjaya mengekalkan semua pegawai dan pemain walaupun turut terkesan dengan penularan pandemik COVID-19.
FAM kekal keputusan tolak penyertaan Perlis dalam Piala Belia, Presiden
Pasukan Perlis gagal atau enggan untuk menyempurnakan pendaftaran minimum pemain dan pegawai sehingga ke tarikh tutup pendaftaran asal iaitu pada 15 Feb lalu.
Pulau Pinang perkenal jersi baharu musim 2017/2018
Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) memperkenalkan jersi baharu pasukan berkenaan bagi menghadapi Liga Malaysia 2017 selepas menjalinkan kerjasama dengan Legea.