BANGKOK: Skuad sepak takraw negara berjaya merangkul gelaran juara pada final acara beregu lelaki Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand ke-35 selepas menewaskan Laos 2-1 di Bangkok pada Ahad.
Ini merupakan satu-satunya gelaran dimenangi skuad sepak takraw pada kejohanan kali ini.
Gandingan Muhammad Noraizat Nordin, Aidil Aiman Azwawi dan pemain simpanan Muhammad Afifuddin Mohd Razali menewaskan pasukan Laos yang dibarisi Noum Souvannalist, Laksanaxay Bounphaivanh dan pemain simpanan Kantana Nanthisen dengan 25-24, 14-21, 21-18.
Pada set pertama, gandingan Malaysia yang mendahului permainan terpaksa terikat pada 24-24, namun Malaysia telah mendapat servis dan berjaya menoktahkan kemenangan dengan 25-24.
Pada set kedua, Malaysia ketinggalan 12-15 berikutan kesilapan pemain termasuk servis dan pukulan, walaupun Muhammad Afifuddin dimasukkan, ia gagal menggalas cabaran dan pasukan Malaysia terpaksa akur dengan 14-21.
Pada set penentuan, gandingan Muhammad Noraizat dan Aidil yang mendahului Laos 14-13 berjaya mengutip empat mata berturut-turut.
Pasukan Laos yang memasukkan Kantana gagal mengubah nasib dan Malaysia berjaya memuktamadkan permainan 21-18.
Jurulatih kebangsaan Mohd Rashidi Nordin berkata 'blocking' gandingan Muhammad Noraizat dan Aidil pada set penentuan telah menyumbang mata penting kepada Malaysia.
"Kedua-dua pasukan telah mempamerkan kekuatan seimbang pada set penentuan tetapi pada penghujung persaingan, pasukan Malaysia dapat bantuan daripada blocking. Ini telah menyumbang kepada kemenangan Malaysia," katanya kepada Bernama.
Pada Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand ke-35 yang berakhir hari ini, Malaysia turut meraih tempat ketiga acara regu berpasukan lelaki Divisyen Perdana dan acara regu lelaki.
Selain itu, skuad sepak takraw wanita, anak didik Ahmad Mohd Zin menamatkan saingan di tempat ketiga acara beregu wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 31 2022
Pemain sepak takraw lelaki kebangsaan Muhammad Noraizat Mohd Nordin beraksi ketika menentang pasukan Laos pada final acara beregu lelaki Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand ke-35 di Bangkok. - Bernama
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
Sumali ketuai jawatankuasa khas pengiraan ranking dunia sepak takraw
Sumali dilantik mengetuai jawatankuasa khas dalam penentuan sistem pengiraan ranking dunia yang julung kalinya diperkenalkan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024, Mei ini.
Piala Dunia 2024: ISTAF jamin mutu pengadilan terbaik
ISTAF mengenal pasti 20 hingga 30 pengadil bertauliah dari Malaysia untuk kejohanan yang menawarkan ranking dunia buat julung kalinya.
KBS salur lebih banyak bantuan, sokongan majukan sukan sepak takraw
Antaranya meliputi program pembangunan bakat baharu sukan sepak takraw yang merupakan asas bagi melahirkan lebih ramai bakat baharu.
Kemarau 39 tahun berakhir, Melaka akhirnya juara Piala Emas Khir Johari 2024
Melaka muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari 2024 selepas menewaskan Pulau Pinang 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini, hari ini.
Sepak Takraw: ISTAF terima cadangan PSM
Cadangan PSM itu diterima sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ISTAF yang berlangsung pada 8 Dis lepas.
PSM rancang perkenal Program Pembangunan Sepak Takraw Negara
NSDP akan tampil dengan pendekatan lebih menyeluruh dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) serta Kementerian Pendidikan (KPM).
Malaysia anjur Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Kejohanan itu yang kali terakhir dianjurkan Malaysia pada 2011, akan melibatkan penyertaan dari 20 negara.
Regu negara berdepan tugas getir pertahan emas
Skuad bimbingan Ahmad Jais Baharun itu yang merupakan juara bertahan akan membuat perhitungan menentang Thailand.
Sukan Asia: Regu negara mara ke separuh akhir selaku juara kumpulan
Skuad sepak takraw kebangsaan tidak berdepan masalah melangkah ke peringkat separuh akhir acara antara regu lelaki dengan bergaya pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022.
Thailand ujian sebenar Malaysia
Pasukan bimbingan Ahmad Jais Baharun tekad melakar kejutan ke atas musuh tradisi itu menerusi strategi ampuh yang dirangka bersama pemain.