awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Sudirman: Malaysia lepasi halangan pertama dengan atasi England

Bernama
Bernama
27/09/2021
13:42 MYT
Piala Sudirman: Malaysia lepasi halangan pertama dengan atasi England
Malaysia memulakan kempen kejohanan badminton Piala Sudirman 2021 dengan langkah kanan apabila menewaskan England 3-2 pada perlawanan pembukaan Kumpulan D di Vantaa, Finland, hari ini. - Foto instagram/@malaysianbadmintonlovers
KUALA LUMPUR: Malaysia memulakan kempen kejohanan badminton Piala Sudirman 2021 dengan langkah kanan apabila menewaskan England 3-2 pada perlawanan pembukaan Kumpulan D di Vantaa, Finland, hari ini.
Biarpun tidak beraksi selama enam bulan, beregu campuran Hoo Pang Ron-Cheah Yee See menyuntik semangat pasukan muda negara dengan mengalahkan gandingan nombor tujuh dunia, Marcus Ellis-Lauren Smith 21-19, 21-18 dalam tempoh 48 minit.
Juara All England 2021, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila mudah mengutip mata kedua selepas mengalahkan Johnnie Torjussen 21-4, 21-15 dalam tempoh 28 minit.
Walaupun terpaksa berdepan dengan aksi pantas daripada Ben Lane-Sean Vendy, beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, selaku pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, mengesahkan kemenangan Malaysia dengan keputusan 22-20, 21-18.
Hasrat Malaysia untuk melakar kemenangan seterusnya tidak kesampaian apabila pemain perseorangan wanita, S. Kisona, yang juga ranking ke-53 dunia tewas mengejut pada pertemuan pertama dengan pemain ranking ke-176, Abigail Holden 16-21, 20-22 dalam masa 43 minit.
Dalam saingan akhir, beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah turut mengalami nasib sama apabila tumpas 18-21, 21-17, 10-21 di tangan Chloe Birch-Lauren Smioth dalam pertembungan selama 64 minit.
Sementara itu, naib juara 2019, Jepun memulakan kempen dengan penuh bergaya apabila membenam Mesir 5-0 dalam kumpulan sama.
Malaysia akan berdepan Mesir manakala Jepun menentang England esok, dengan kedua-dua perlawanan bermula jam 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).
Mengikut format Piala Sudirman, hanya juara dan naib juara kumpulan layak ke peringkat suku akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Sudirman
#badminton
#Malaysia
#England
#Lee Zii Jia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan