awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MediaTek lancar cip Dimensity 7100 untuk peranti 5G mampu milik
Dua kru TLDM terlibat insiden helikopter Super Lynx dirawat di ICU, zon kuning
Objek disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai di Pekan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia atasi cabaran getir Jepun

Astro Arena
Astro Arena
24/03/2019
15:27 MYT
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia atasi cabaran getir Jepun
Faizal Saari menjaringkan gol pada minit ke-3 dan 25 perlawanan menentang Jepun. - Foto Stadium Astro.
MALAYSIA 4 JEPUN 3
Skuad hoki negara mengatasi cabaran getir Jepun untuk mencatatkan kemenangan 4-3 dalam perlawanan kedua Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, pada Ahad.
Dua gol daripada Faizal Saari serta masing-masing satu daripada Nik Aiman Nik Rozemi dan Razie Rahim memastikan Malaysia kekal selaku pendahulu carta selepas menafikan kebangkitan lewat yang cuba dilakukan Jepun.
Malaysia di depan seawal minit ketiga menerusi Faizal yang meluru masuk ke kawasan D sebelum meledak gol pembukaan perlawanan.
Empat minit kemudian, giliran Nik Aiman mencatat nama selaku penjaring juga menerusi gerakan padang.
Jepun kemudian bangkit merapatkan kedudukan dalam suku kedua menerusi Kentaro Fukuda, namun Faizal tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol kedua peribadi selepas menyambut hantaran Razie pada minit ke-25.
Permulaan separuh masa kedua dimanfaatkan Jepun untuk merapatkan kedudukan melalui penyudah Kota Watanabe sebelum Malaysia menambah satu lagi gol dalam suku terakhir apabila Razie menyudahkan pukulan sudut penalti yang kebiasaannya menjadi tanggungjawab Faizal.
Skuad kendalian Roelant Oltmans itu, bagaimanapun, cemas di penghujung perlawanan setelah Yamasaki Koji menewaskan Zaimi Mat Deris.
Bagaimanapun, jaringan itu gagal menyekat kemenangan Malaysia, yang kini menghimpun enam mata selaku pendahulu peringkat awal.
KEPUTUSAN LAIN: KANADA 4 POLAND 0 INDIA 1 KOREA SELATAN 1
Topic Berkaitan
#Faizal Saari
#hoki
#Malaysia Jepun
#Nik Aiman Nik Rozemi
#Piala Sultan Azlan Shah
#Razie Rahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan