awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MCMC tumpaskan kegiatan pemancar Stesen Pangkalan Palsu hantar SMS scam
Penerbangan terus Qingdao-Pulau Pinang bermula 31 Mac - Exco
Kementerian Pertahanan perkukuh penggunaan digital dan AI - Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Sumbangsih: JDT benam KL City FC 3-0

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
26/02/2022
14:57 MYT
Piala Sumbangsih: JDT benam KL City FC 3-0
Perlawanan Piala Sumbangsih edisi kali ini menarik perhatian ramai kerana ramai yang meletakkan keyakinan terhadap pasukan KL City yang mencatatkan kemenangan Piala Malaysia 2021 sebelum ini. - Gambar/ Johor Southern Tigers
ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) menebus semula kekalahan yang dialami kepada KL City FC sebelum ini dengan mempamerkan aksi kemas dalam perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di sini, sebentar tadi.
Harimau Selatan kali ini bangkit menundukkan KL City 3-0 selepas kecundang pada aksi Piala Malaysia 2021 tiga bulan lepas.
Anak buah Benjamin Mora seolah-olah tidak mahu lagi diselubungi rasa kecewa dengan mempamerkan kesungguhan untuk menjulang trofi tersebut.
Kemenangan bermakna itu merupakan hasil jaringan Nazmi Faiz pada minit ke-26 dan rembatan Fernando Forestieri pada minit ke-32.
Tidak cukup sekadar dua gol, pasukan Harimau Selatan sekali lagi membolosi pintu gol KL City pada separuh masa kedua hasil jaringan Afiq Fazail pada minit ke-84.
Kemenangan yang dilakarkan oleh pasukan kendalian Mora itu menandakan kemenangan kelima berturut-turut
Perlawanan Piala Sumbangsih edisi kali ini menarik perhatian ramai kerana ramai yang meletakkan keyakinan terhadap pasukan KL City yang mencatatkan kemenangan Piala Malaysia 2021 sebelum ini.
Dengan kejayaan JDT malam ini, bermakna arena bola sepak tempatan masih lagi dapat menyaksikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Mora kekal 'beraksi'.
Topic Berkaitan
#JDT
#KL City FC
#Piala Sumbangsih
#TMJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan