Pasukan berstatus kelab, PKNP FC meletakkan sasaran sekurang-kurangnya menduduki tempat keenam terbaik dalam saingan Liga Super Malaysia yang bakal berlangsung 3 Feb ini.
Presidennya Datuk Aminuddin Md Desa berkata sasaran itu dianggap realistik berdasarkan gabungan pemain tempatan dan import yang dipilih ketua jurulatih Abu Bakar Fadzim.
"Kita perlu berada dalam kelompok teratas. Itu sasaran utama yang kita ingin capai walaupun sedar saingan yang lebih kompetitif bakal disajikan setiap pasukan yang beraksi dalam Liga Super.
"Kita percaya dengan kebolehan, komitmen dan kerjasama antara pihak pengurusan, staf kejurulatihan selain pemain, PKNP FC akan melakukan yang terbaik," katanya pada sidang media selepas memperkenalkan pemain dan pelancaran jersi PKNP FC di Movie Animation Park Studios (MAPS), di sini, petang Khamis.
Beliau berkata PKNP FC juga akan meneruskan objektif dan visi asal pasukan yang mahu melahirkan lebih ramai pemain muda yang berpotensi untuk diketengahkan pada peringkat kebangsaan.
"Kita akan teruskan sepertimana falsafah asal pasukan untuk kita asah bakat baharu dan jika bakat-bakat baharu ini berpotensi, mereka mungkin boleh berhijrah atau digilap ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.
Mengulas mengenai tajaan jersi jenama Fila yang bakal digunakan PKNP FC pada musim ini, Aminuddin berkata ia merupakan penghormatan tertinggi selain membuktikan jenama sukan antarabangsa itu mempercayai komitmen ditonjolkan pasukan berstatus kelab dari Perak itu.
"Bagi kami di PKNP FC, ini adalah satu penghargaan daripada Fila yang telah memberi kepercayaan kepada PKNP FC untuk membawa jenama itu khususnya untuk pasukan Liga Belia, Presiden dan Liga Super," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2018
Aminuddin (berdiri tiga, kanan) bergambar bersama pemain-pemain pada Majlis Memperkenalkan Pemain dan Pelancaran Jersi PKNP FC 2018 di Movie Animation Park Studio (MAPS) Meru pada Khamis. --fotoBERNAMA
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
PKNP FC sasar kedudukan enam terbaik Liga Super
Presidennya Datuk Aminuddin Md Desa berkata sasaran itu dianggap realistik berdasarkan gabungan pemain tempatan dan import yang dipilih ketua jurulatih Abu Bakar Fadzim.