awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
AKPS tubuh sekratariat pastikan Jawatankuasa Khas e-waste berfungsi dengan berkesan
Polis rampas arak, rokok seludup libat nilai rampasan RM1.22 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar titip kata semangat kepada skuad Harimau Malaya

Bernama
Bernama
24/05/2025
16:08 MYT
PM Anwar titip kata semangat kepada skuad Harimau Malaya
Usai Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan bertemu skuad Harimau Malaya yang sedang menjalani latihan di Johor Bahru. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Usai Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan bertemu skuad Harimau Malaya yang sedang menjalani latihan di Johor Bahru.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan skuad Harimau Malaya di Johor Bahru dan memberikan kata-kata semangat kepada mereka.
  • Pasukan kebangsaan akan menentang Vietnam dalam perlawanan penting Kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun di Stadium Nasional Bukit Jalil.
  • Anwar menyatakan bahawa seluruh rakyat Malaysia akan terus memberikan sokongan penuh kepada skuad Harimau Malaya.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar menitipkan kata-kata semangat kepada skuad kebangsaan itu yang bakal berdepan perlawanan penting dalam pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2027 menentang Vietnam bulan depan.
"Seluruh rakyat Malaysia akan berdiri teguh di belakang kalian, memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi," katanya.
Bulan lepas, pengendali skuad Harimau Malaya Peter Cklamovski berkata beliau yakin pasukannya memiliki keupayaan untuk mengecewakan Naga Emas dalam aksi penting Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun depan ini.
Malaysia tewas lima perlawanan menentang Vietnam dalam semua kejohanan termasuk pertemuan terkini yang berakhir dengan kekalahan 3-0 pada saingan peringkat kumpulan Piala ASEAN 2022 (sebelum ini dikenali sebagai Piala AFF).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#kata semangat
#harimau Malaya
#Piala Asia 2027
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan