KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar kontinjen Malaysia untuk melakar sejarah dengan membawa pulang pingat emas pertama Sukan Olimpik, pada temasya yang akan berlangsung di Paris tahun hadapan.
Anwar berkata, beliau percaya harapan tinggi itu tidak mustahil untuk dicapai, sekiranya semua pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan, persatuan dan badan sukan serta atlet, memainkan peranan masing-masing dan memberikan yang terbaik dalam semua jenis sukan yang disertai.
"Saya mahu sekurang-kurangnya kita kena capai satu pingat emas pada Sukan Olimpik akan datang.
"Ini cabaran saya kepada Menteri (Belia dan Sukan) Hannah Yeoh dan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selaku Presiden Majlis Olimpik Malaysia," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021 di Dewan Banquet Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Selain Yeoh dan Mohamad Norza, majlis berprestij itu turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim, serta kepimpinan persatuan dan badan sukan negara.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, walaupun boleh dan terbuka menerima apa juga keputusan dalam sebarang pertandingan tetapi apa yang perlu diterapkan kepada atlet adalah mereka perlu berusaha sebaik mungkin.
Perdana Menteri berkata, barisan atlet juga perlu ditekankan bahawa tiada tolak ansur dalam soal kerja keras ketika latihan.
"Kita mesti cuba sedaya upaya, usaha dan ikhtiar sebaik mungkin... selebihnya tawakal dan terima keputusan secara terbuka," katanya.
Mohamad Norza merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Program Gold Paris 2024, yang ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan dan keberkesanan program itu.
Program Gold Paris 2024 merupakan sebahagian Program Podium sedia ada MSN, yang dikelaskan kepada dua kelompok atlet iaitu yang mampu layak serta berpotensi menyumbangkan pingat emas pada temasya sukan berprestij itu. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Anugerah Sukan Negara 2021 di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, hari ini. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. - Gambar BERNAMA

Garis panduan mesti releven, Sarawak akan pantau ketat
Sarawak akan pantau rapat penganjuran acara dan konsert yang melibatkan artis luar negara. Garis panduan ditetapkan harus releven dan munasabah kerana perlu beri manfaat kepada industri pelancongan domestik

Ringgit akhiri aliran meningkat ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri peningkatannya selama empat hari berturut-turutnya dengan ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS susulan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas kenaikan baru-baru ini.

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 dibuka
Permohonan bagi DKD Industri Muzik 2023 dengan RM10 juta diperuntukkan kepada penggiat industri muzik melalui pembiayaan dana sehingga RM300,000, dibuka mulai semalam (23 Mac).
![AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015468/19199450371679657366758_640x360.jpg)
AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei
Awani Borneo Ahad, 24 Mac bersama Irfan Faruqi. Masalah air Sepanggar : Jabatan Air Negeri Sabah perlu ambil tindakan segera Penganjuran konsert, Sarawak akan tetapkan garis panduan yang releven tetapi tidak melampaui batas. Sarawak buka STATO Brunei, Pusat setempat pelaburan dan perniagaan

Pengunjung Pasar Tanjung berbelanja dengan berjimat cermat
Tinjauan di Pasar Tanjung, Tawau mendapati pengunjung berpuas hati dengan barangan dijual selain harga yang berpatutan. Namun ramai yang mengambil pendekatan berjimat cermat dalam berbelanja.

Garis panduan mesti releven, Sarawak akan pantau ketat
Sarawak akan pantau rapat penganjuran acara dan konsert yang melibatkan artis luar negara. Garis panduan ditetapkan harus releven dan munasabah kerana perlu beri manfaat kepada industri pelancongan domestik

Muat 5,000 kereta, projek baharu ganti landasan kapal Roro
Projek kawasan meletak kenderaan baharu di Pelabuhan Senari dijangka siap Julai 2024 dengan kapasiti lima ribu kenderaan bagi menggantikan landasan kapal Roll-In Roll-Out (RORO) yang kini berlabuh di Pending.

Perlu tindakan segera jabatan air negeri Sabah
Jabatan Air Negeri Sabah perlu ambil tindakan drastik dalam menangani krisis air di kawasan Sepanggar selain menyegerakan pembinaan loji rawatan air baharu di Telibong.

Sambutan berlangsung selama tiga minggu bermula 28 Mei
Sambutan Hari Sarawak akan diadakan selama tiga minggu berturut-turut bermula 28 Mei hingga 22 Julai.

Pusat setempat pelaburan, perniagaan dan pelancongan Sarawak
Sarawak tandatangan perjanjian sewaan pembukaan Perjabat Perdagangan & Pelancongan Sarawak (STATO) Brunei. Sekaligus menjadi 'one stop centre' untuk sebarang kerjasama.

FIFA umum kalendar baharu pertandingan antarabangsa
Majlis FIFA pada Selasa meluluskan kalendar perlawanan antarabangsa baharu termasuk tarikh perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026.

Sukan Olimpik Paris: Kejayaan hadir dengan kerjasama semua pihak - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, yakin Sukan Olimpik Paris 2024 mampu menghadirkan pingat emas sulung negara.

RTG mampu bantu atlet cemerlang di Olimpik Paris 2024 - Azizulhasni
Datuk Mohd Azizulhasni Awang optimis sistem baharu yang diperkenalkan dalam projek RTG mampu membantu atlet dan jurulatih untuk menghasilkan keputusan cemerlang pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Sukan Olimpik Paris 2024: 3.25 juta tiket terjual bagi fasa pertama
Sebanyak 3.25 juta tiket Sukan Olimpik Paris 2024 berjaya dijual dalam fasa pertama, menurut penganjur pada Khamis.

Azizulhasni diyakini mampu lakar sejarah peroleh emas di Olimpik Paris
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dilihat mampu melakar sejarah untuk menamatkan penantian pingat emas negara di Sukan Olimpik Paris 2024.

Jawatankuasa Olimpik Afrika sokong atlet Rusia dan Belarus bertanding di bawah bendera neutral
Ahli ANOCA sebulat suara memutuskan untuk menyokong penyertaan atlet Rusia dan Belarus dalam semua pertandingan antarabangsa.

Chong Wei sedia kongsi pengalamannya bantu Tze Yong layak ke Olimpik
Chong Wei bersedia untuk berkongsikan pengalamannya bagi membantu Ng Tze Yong dan pemain perseorangan negara yang lain untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris.

'Pocket Rocketman' sudah kembali, jangan berhenti beri sokongan - Pemerhati sukan
Azizulhasni telah membuktikan semangatnya masih membara untuk mencipta sejarah di Sukan Olimpik Paris 2024.

Azizulhasni tekad bawa pulang emas Olimpik
Azizulhasni turut mencabar mana-mana atlet negara untuk bersama-samanya memikul amanah besar itu sebagai sandaran memenangi emas pertama.

PM mahu kontinjen Malaysia bawa pulang emas pertama Olimpik
Anwar cabar kontinjen Malaysia lakar sejarah bawa pulang pingat emas pertama Sukan Olimpik, di Paris tahun hadapan.