Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melahirkan ucapan tahniah kepada atlet paralimpik Siti Noor Radiah Ismail atas kejayaan memenangi pingat gangsa pada Sukan Paralimpik Rio 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Siti Noor Radiah atas kejayaan memecahkan rekod Sukan Para Asia bagi acara lompat jauh wanita T20 pada temasya itu.
"Satu lagi pingat untuk Malaysia, satu lagi rekod Asia dicipta! Tahniah Siti Noor Radiah raih gangsa acara lompat jauh! #Rio2016 #KamiLuarBiasa," tulis Najib menerusi catatan di laman Twitter @NajibRazak hari ini.
Siti Noor Radiah menghadiahkan gangsa buat negara menerusi lompatan sejauh 5.20 meter (m) dalam percubaan ketiga, sekaligus mengatasi rekod Sukan Para Asia miliknya iaitu 5.10m yang direkodkan di Incheon, Korea Selatan pada 2014.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin menamatkan saingan di tempat keempat dengan lompatan sejauh 4.91m. -- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2016
Siti Noor Radiah menghadiahkan gangsa buat negara menerusi lompatan sejauh 5.20 meter dalam percubaan ketiga pada Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro. - fotoBERNAMA / Fail
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Paris 2024 penampilan terakhir Abu Samah?
Jaguh tenis kerusi roda negara Abu Samah Borhan tidak menolak kemungkinan Sukan Paralimpik 2024 di Paris bakal menjadi penampilan terakhirnya.
Majlis Paralimpik Malaysia tubuh Majlis Atlet
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengumumkan penubuhan Majlis Atlet bagi mematuhi dasar ditetapkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC).
Majlis perkahwinan atlet paralimpik di Thailand berakhir dengan tragedi
Seorang pengantin lelaki mengamuk dan melepaskan tembakan rambang menyebabkan kematian termasuk pengantin wanita.
Jurulatih mahu Ridzuan Puzi 'pecut' lebih awal ke Paris
Juara Sukan Paralimpik 2016 Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi diharapkan dapat menempah slot lebih awal dalam acara 100 meter (m) T36 (kecacatan fizikal), pada edisi 2024 di Paris, Perancis.
PRU15: Jangan lupa kebajikan, pembangunan sukan yang perlu untuk kami - Atlet Paralimpik
Arif Ridzuan berharap akan ada perubahan yang baik dapat diberikan oleh pemimpin dalam pembangunan sukan Paralimpik.
Bonnie Bunyau antara atlet Paralimpik terbaik dunia 2021
Pencapaian luar biasa buat atlet para negara Bonnie Bunyau Gustin pada 2021 ini.
MPM tumpu pencarian bakat baharu
MPM menyasarkan untuk memberikan pendedahan kepada lebih ramai atlit paralimpik di arena antarabangsa.
Parlimen: KBS tetap jalankan siasatan lanjut isu Muhammad Ziyad
KBS bersependapat dan percaya dengan pendirian Muhamad Ziyad bahawa dakwaan beliau tiba lewat adalah dakwaan yang tidak berasas.
Ahmad Faizal seru sektor awam dan swasta luaskan kemudahan untuk golongan OKU
Ketibaan tiga atlet bersama pegawai dan jurulatih mereka disambut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada petang Isnin.
"Saya bertanggungjawab atas semua yang berlaku" - Jurulatih Ziyad
Menurut Faizol Harun, beliau tidak menganggap isu tersebut sebagai sabotaj daripada lawan sebaliknya kerana sedikit kesilapan teknikal.